Saturday, March 26, 2011

Hey!! Saya Kembali!!!

Setelah sekian lama tak melawat blog kesayangan, baru kini saya dapat meluangkan masa mengemaskinikan blog saya ini. Ternyata banyak dah sawangnya. Sorry ye wahai sang blog. Saya cuba meng'improve' diri saya ye nanti... apa2 pun Selamat Kembali Semula ke blog tercinta wahai Ona hihi 

Jadi, apa yang telah berlaku kepada diri saya kebelakangan ini?? hmm... Saya baru sahaja bertukar kerjaya. Jadi, untuk beberapa bulan pertama ini mungkin agak sibuk untuk cuba membiasakan diri dengan kerja terkini. Susunan jadual pun sudah mula berubah. Tak lagi diambil kira dengan suasana kerja, kawan-kawan... semuanya baru.. tapi percayalah, saya tetap saya cuma lebih elegan je (chewah!! haha) err... itu tidak lah ye heee..

Dan erm... saya telah kehilangan hak penjagaan terhadap Boboi kerana Boboi telah mencapai usia kematangan dia. Oleh itu, dia sudah boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri tanpa perlu sebarang rujukan oleh orang tuanya. hukhuk Walaupun sayang saya masih menebal, tapi saya terpaksa merelakan keputusan Boboi untuk ikut tinggal bersama kekasih yang baru ditemuinya di kampung ketika kenduri Biha.  Cis!!Boboi tinggalkan akak ye huhuuuu.

Apa pun, hidup kena juga diteruskan. Semakin sibuk dengan tugas baru tapi sedikit bosan sebab dah tiada si kecil yang menunggu saya di rumah. Kini hanya menumpang kasih dengan anak-anak kecil teman serumah je... err boleh laa tuh kan :):):)

Muka orang penat yang sedang kebosanan


~tintaku
tak sabar mahu menari...~