Tuesday, August 24, 2010

Gila.

Hari ke-14. saya dapat lihat bulan penuh di malam hari. Bulatnya bulan sama bulat dengan matahari yang tegak di atas kepala pada tengah hari. Panas.

Hari ke-14 ini juga saya mengalami seribu satu macam perasaan, perkara, masalah, iktibar dan dugaan. Mungkin Tuhan mahu menguji. Itu pujuk sang hati. Mungkin. Tapi saya sedar segala kealpaan itu datangnya dari saya… maka ujian yang menimpa hanya sekadar sebagai cerita pelengkap malah juga sebagai penyedar untuk saya yang semakin hanyut ini.

Kisah sebenar.

Dia gadis yang cantik. Bibir merah delima. Kulit putih mulus. Pendek kata, sesiapa jua yang melihat akan tertarik. Dia baru saja dilantik sebagai salah seorang pengarah di dalam sebuah syarikat kewangan. Dengan gaji yang cukup membanggakan dia berkeinginan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan jawatan yang dimilikinya. Malah khabarnya, sudah berura-ura untuk membeli rumah sekali. Namun sayang, perlantikannya tidak disenangi oleh teman-teman sepejabat. Lalu dia dituduh cuba menggoda ketua pengarah syarikatnya. Begitu juga dengan teman serumahnya. Tapi dia sedikit pun tidak mengendahkan segala kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Pada gadis itu, itu adalah rezeki yang datang bergolek, peluang yang terbentang di hadapannya. Maka, pedulikan dengan cercaan mereka yang tidak berkenaan kerana mereka hanya cemburu dengan kedudukannya sekarang. ~katanya.

Sayang sekali. Semua di atas hanya berlaku dalam minda gadis itu. Bukan reality sama sekali.

……………………………………………………………………………………………....

Pernahkah kita berimaginasi sedemikian rupa. Membayangkan yang kita menjadi seseorang yang sangat hebat, yang menjadi pujaan ramai, yang dicemburui semua orang. Pernahkah? Saya tidak malu untuk mengatakan ya. Ya! Saya pernah berimaginasi sedemikian. Tetapi saya sedar tanah tempat berpijak. Maka imaginasi saya itu, saya jadikan impian untuk saya capai kelak. Alhamdulillah, setidak-tidaknya sebahagiannya sudah saya miliki. Syukur kepada Tuhan.

Dan malang sekali bagi gadis itu. Dia terus tenggelam dalam dunia ciptaannya yang tak berpenghujung itu. Sudah sebati dengan dirinya sehinggakan tidak diketahui antara realiti dan imaginasi. Rasa-rasanya, gadis itu sudah jatuh gila ke tidak?

Apa-apa pun saya tumpang bangga dapat membantu gadis itu mendapatkan kerjanya sekarang…. *wink*

~tintaku…
berpuasa… alhamdulillah~

2 comments:

amoi said...

ye bulan sangat cantik mlm ni..ramai yg perasan rupanya..hehe..

dropmental said...

hehe mmg cantik... bulan mengambang... waktu mula proses pasang surut air laut.. mungkin kerana itu juga emosi manusia terpasang dan tersurut...

*sambil berdoa agar hidup ini sentiasa dalam kesejahteraan....