Friday, November 12, 2010

Gian.

Salam buat semua. Sebulan lebih rasanya tidak menulis mahupun meluahkan isi hati. Bukannya mogok atau apa.. tapi dalam tempoh sebulan lebih itulah, macam2 perkara telah berlaku pada diri saya (buruk mahupun baik, duka dan gembira… itu tak termasuk saya pergi menonton wayang setiap minggu dengan teman2 yang dipaksa rela menonton bersama hehe dan insya allah akan saya cuba me’review’ cerita2 tersebut ye…)

6hb November yang lepas genaplah 5 bulan saya keseorangan tanpa yang tercinta baby buchuk saya. Dan kesekian 5 bulan inilah, saya seumpama sehelai sepinggan berjalan tanpa perasaan melihat setiap ekspresi hidup ini tanpa rasa seronok sama sekali. Sob..sob.. Tetapi pada hari ini, sekadar ingin melepaskan gian dan terima kasih kepada Encik tuan FE-4010 kerana sudi membenarkan saya berdating dengan baby nya sementara dia pergi melunaskan kewajipannya pada hari Jumaat yang penuh barakah ini hehe… Jasamu dikenang Dill :):):)

Jadi, inilah hasil temu janji saya dengan baby si Dill hehe (cam hapahapa je bunyi nye…)
 
cornflakes for breakfast.

And yep, i really need a big shot of caffein during lunch this time. Stress!!
 
Tangan yang bekerja lebih baik dari tak bekerja langsung heh
Ikhsan tangan : Encik Dill

 

Pak Abu yang sentiasa membantu tatkala saya kekeringan :)















Terasa sungguh lama tangan saya tidak memetik butang capture. Sudah menggigil gamaknya kerana tak selalu berlatih maka kualiti pun kurang menarik. Saya masih meletakkan 'The One' sebagai keutamaan saya dalam pengurusan kewangan saya. Akan tetapi ternyata jodoh kami masih belum sampai. Aduhai hati, pujuklah perasaan ye... Tapi ye lah, setidak-tidaknya untuk kali ini, saya masih mampu tersenyum kembali melihat semua ini. Mungkin juga saya boleh sisipkan kenangan saya dahulu :):):)

Bengong hehe

~tintaku... mula mahu menari kembali
doakan....~

No comments: