Hey, look what I saw in Google’s page this morning. It’s
Ludwig van Beethoven’s 245th anniversary. And google celebrating it
in a very interesting way.
So, siapa-siapa yang terasa kebosanan hari ini, sila lah ke
google ye… Sekali sekala jadi ahlil music, seronok pulak rasanya. Saya telah
mencubanya di awal pagi tadi. Really make my day…. Hehe Happy Anniversary
Beethoven!!!! JJJ
Kembali bersiaran. Sudah ada yang ternanti-nanti khabar
berita dari saya nampaknya hehe… Tapi maaflah… coz I’m not going to tell you
guys my sweet fun journey…. Yet… sorry ye… harap korang bersabar hihi
Maka kali nih saya nak bercerita tentang aktiviti hujung
minggu saya baru-baru nih. Tiba-tiba saja saya terterjun ke bidang perguruan.
Wow!!!! Sehari bersama Cikgu Ona… ikutilah kisah beliau :-P
Sebenarnya, saya hanya membantu teman serumah (seorang guru)
untuk mengiringi pasukan tarian sekolahnya ke PJ Fair 2015 di perkarangan Dewan
Sivik PJ. Since none of the teachers at her school willing to help her (cuti
sekolah… balik kg.. and wut so ever), so here I am, Cikgu Ona beraksi demi anak
bangsa hihi Well, I’m more like guru disiplin actually. Altho there’s only 23
students but the challenge was there...
It was all started after zuhur when all students were
gathered at school to prepare their costumes and makeup. And of course I was
not there yet since it was not in my scope of job hehe ngelat tul cikgu… orang
dah booking for one whole day, you lagi nak memonteng kan haha I reached school
around 3 pm and tuh diaaa… kelam kabut.. yang tengah pakai baju, ikat kain,
betulkan tudung, yelling and shouting and I can see how stress my friend was at
that time. So, tolonglah apa-apa yang patut, conteng muka budak sket-sket,
tolong pin kan sana sini, tolong rebuskan hotdog… terkawal lah sket keadaan.
We went there at 6 pm. Thanks to MPPJ kerana menyediakan
kemudahan pengangkutan pada pelajar-pelajar nih semua. Kalo tak, ada
possibility kami berdua jadi miss supir jugak (masak laa kitorang!!!) Luckily,
kitorg handle secondary school students. At least, cakap sekali dah paham. Cakap
dua kali, pelempang laa jawabnye hehe
para penari dari Sekolah Menengah KD Seksyen 10
kesian my dearly student lapar
off we go to PJ Fair
Sampai saja di Dewan Sivik PJ, kami lepaskan saja
budak-budak tuh. They know better than us what they should do, where they need
to gather. We juz remind them what time should we gather back right after the
show… otherwise, haa balik menapak laa dorg semua ke rumah…
sebelum melepaskan kanak-kanak riang untuk perarakan
free style yo!!
sempat selfie
seperti Pak Pandir nak ke pasar (errkk??!! peribahasa apekah ini??)
cikgu pun nak merasa jugak hehe
another selfie
minuman untuk dinikmati ketika perarakan. Kopi Goyang... minum segelas terus nak bergoyang... sedaaaapppp
VVIP seat.. right in front of the big screen
Ternyata majlis pembukaan PJ Fair nih sangat meriah. Right
after perasmian, ada mini perarakan. Geng-geng motor berkuasa tinggi ada dan
yang paling menarik hati saya ialah geng-geng basikal lama juga turut serta
mewarnai acara ini. Yang lebih bestnya, bila mana ahli kelab basikal lama nih
turut memakai pakaian zaman dahulu kala, bertopi keledar bagai.. wah!! Terasa seperti
di zaman tv hitam putih gamaknya kami hehe…
geng basikal tua...
abam polis yang sporting
ensem helmet pakcik hehe
geng motor berkuasa besar
Dan tiba lah acara persembahan dari sekolah-sekolah.
Rupanya, banyak juga sekolah yang terlibat dalam acara pembukaan PJ Fair nih. Bagaikan
acara citrawarna layaknya mereka, masing-masing bagaikan penari professional…
berbakat!!!!
persembahan dari sekolah cina
close up
persembahan dari sekolah rendah. Comel!!
It's show time!!!
Ewah!!
Sesudah persembahan
Wajah ceria para pelajar
Dan rupa-rupanya acara kemuncak malam nih adalah persembahan
dari kumpulan rock legend Malaysia… WINGS!!!!! Adoiiii terlompat-lompat tak
hengat lah Cikgu Ona bila ternampak saja kelibat abam-abam Wings nih… anak-anak
murid sume ternganga hahah… nasiblah!!! Kita tak jumpa lagi kot lepas nih heheh
joe wings
wings!!!
superb!!
Altho tgh demam, Awie still berikan persembahan yang hebat malam tuh
Malam semakin panas nampaknya haha
Too bad, we have to go back early. Even the show haven’t
finish yet. Abang Awie masih melalak atas stage, Abang Joe masih lagi
menggoreng gitarnya namun saya terpaksa rela juga untuk pulang. Nak buat macam
mana, kami semua nih mengangkut anak-anak orang. Dan majority daripada mereka
merupakan Cinderella, kena pulang sebelum pukul 12 *sigh
bergambar dengan banner pun jadi laa
Selamat datang PJ, kami dah nak balik dah...
But, overall, I do enjoy my day as a teacher. Baru rasa
betapa besarnya pengorbanan seorang guru. So, please be thankful if u have a
great teacher that willing to do almost everything for u, and if u urself are
the teacher, please aware that u have such a huge responsibility once u keep
the title. LONG LIVE THE TEACHER!!! PJ FAIR BEST!!!
Sedikit pesanan buat Abam Awie dari anak-anak murid saya hehe
Well, I'm totally agree with it... bukan setakat badan malah jiwa juga terasa binasa. Walaupun hakikatnya kita tiada niat serong untuk mengeluarkan kata-kata tersebut.
Oh well well well.... Anugerah Juara Lagu ke 27 baru saja melabuhkan tirainya. Satu event besar awalan tahun 2013 yang saya percaya membuatkan semua orang tersenyum. :)
Bak kata ibu, para finalis AJL27 kali ini sungguh hebat dan berbakat serta selayaknya berada di pentas akhir AJL27. Vokal yang mantap, gimik yang hebat dan surprise!!!
Tapi....
Saya tertarik pada misai Aizat... hahahaaaa....
Wajarlah lagu Terukir di Bintang dinobatkan sebagai juara lagu kali ini. Sedari awal lagi, saya sudah menjangkakan lagu nukilan Yuna ini agak kukuh dan berada dalam kelasnya sendiri. Dan walaupun, penyanyi asal tidak dapat berada bersama menyertai AJL27 tetapi Aizat selaku penyanyi pengganti sebenarnya berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali. Senang kata, sebenarnya pada malam tersebut, kita mendengar nyanyian lagu Terukir di Bintang ini dari sudut suara yang lebih jantaaaaannnn gituuuu.... hehee
Sebelum ini, saya percaya ramai yang berteka-teki akan penyanyi yang akan menggantikan Yuna. Macam-macam nama yang keluar dan pada pandangan saya, seorang penyanyi yang mempunyai kredibiliti untuk menyanyikan lagu seperti Terukir di Bintang ini ialah Sean Ghazi. (Just search for his vclip Ku Impikan Bintang... erk???) But anyway, Aizat did a superb job last night. He's talented, charming, daring and casanova look a like... seriously make me so damn melted hahaaaa....
So, congrats to Aizat and the Pahlawans... (damn my favourite guitarist ada plak... menyesal tak pergi rehearsal hohooo).. and also to all finalist of AJL27. You guys are totally deserved to be at where you are. Keep up the good work. Giddy Yup!!!
Waktu untuk melting semua... Oh Aizat... misaimu tak boleh blah!! hahaha :):):)
Wow!!! How time flies so fast!! And 2012 will be ended so soon. Makes me wonder, what did I do along this year?? Seems like I do nothing but I'm pretty busy with my life all these days.
So, goodbye 2012... You give me a lot of memories.. (bitter and sweet I tell ya'). Those memories that I won't forget. The momories that can make me smile and cry as well.
And, welcome sweet 2013. Wish that you can give me more joy of my becoming life (dan juga penambahan usia *taknakpkhaha). And hope that, my new year resolutions CAN be accomplished this time hehee..
Happy New Year everyone!!!
gambar dari Encik Google. Tetiba nampak cam comel lak.:):):)
~tintaku...
tiba-tiba menyanyi.. lagu pertemuan..perpisahan...~
Tu lah.. sape suruh amik cuti lama-lama?? Maka sekarang saya berada di kampung seorang diri... Ibu dan ayah sudah pulang ke Segamat. Adik Apit pula sudah bekerja... dan Biha sekeluarga sedang bergembira di Kelantan. Uwaaaaaa.....!!!!
Jadi, hanya astro dan internet saja yang jadi bahan untuk berlibur. Sedang asyik mengulit kisah-kisah di alam maya nih... tiba-tiba saja datang si kecil, Baby... aduh aduh... orang nak menaip, dia pun nak menaip sama!!! Bertuah betul punya budak!!!
Nasib baik ada budak kecik nih... Bosan-bosan boleh tonton dia lari 100 meter haha
Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada semua. Enjoy your holiday and raya okay :):):)
Nampaknya bulan lepas dan awal bulan Julai mata saya seperti mata panda... dan saya seperti zombi di Zombijaya (bahana pengaruh novel2 buku fixi hehe.... sorry yek buku fixi gurau jek... but zombijaya is a great novel... seriously :-)
Erm... kenapa mata panda??? Ahaaa, sebabnya, Euro 2012 lah!! Penangan aksi-aksi para pemain bola dari pasukan terhebat dunia tidak gagal untuk memaksa sang mata berjaga di awal pagi setiap minggu. Apatah lagi bila pasukan dan pemain kegemaran saya Mesut Ozil (Jerman) turut bermain pada Euro kali ini. But, too bad.. Germany lost to Italy during semifinal 2-1... and I watched the game with my Germany's jersey... uwaaaaaaa!!!!
You can see how dissappointed he was after the game... "versuchen,beim nächsten Mal wieder lieber"
Dan Euro 2012 sebenarnya sudah sampai ke penghujungnya. Malam ini adalah malam penentuan siapakah yang bakal menjuarai kejohanan berprofil tinggi ini. Siapa yang berjaya ke final?? (haaa ini soalan kelakar laa.. kat newspaper terpampang besar kot 2 pasukan nih...)
Spain vs Italy
With no doubt, these 2 teams are great team indeed. They have great players with great skills and experiences. And both of them have the best goalkeeper in the world. So, tonight's game will be or must be a great game. Although I don't support neither of them, I would love to watch the game because I love to watch the final game... (hehe) Anyhow, best of luck to La Furia Roja and Azzuri...
But actually, ada seseorang yang ingin saya lihat ketika game final malam nanti... I WANT TO SEE LOKI... ngeeee...........
Mesti ada yang tertanya-tanya... apa hubungan Loki dengan Euro 2012... kaannn???
Hehe... inilah rupa Loki 20 tahun selepas dia merantau datang ke bumi. OOoohhh nak menyamar ye... kantoi sudah hehehe
Yeh yeh... Real Madrid menang tatkala bertemu dengan seteru tradisi Barcelona baru-baru ini. Yippie!!!! Dan, cuba perhatikan betul-betul... siapa yang assist Ronaldo untuk gol kedua yang membawa kepada kemenangan Real?? Siapa?? Siapaaaaa????
Hari yang sangat menggeramkan. Pada tahun 2012… awal 2012. Titik.
Ianya berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari pejabat. Saya memandu dengan halaju sederhana 70 – 80 km/h di laluan kiri. (Sila terkejut seperti dalam kisah sinetron Indonesia kerana di kalangan teman-teman rapat, mereka tahu saya penggemar fast and furious hihi). Dan yes, saya berada di haluan kiri sekali.
Sedang asyik memandu, tiba-tiba saya terperasan yang sebuah kereta sedang membontoti Blackie pada jarak yang sangat rapat!!! (Aik??!!! Bawak kat lane slow pun kena cucuk jugak??!!) Pada mulanya saya tidak mengendahkan gelagat kereta tersebut. Akan tetapi, jika dah 4-5 minit dia masih lagi mengekori Blackie dan kadangkala jarak kami terlalu lalu laluuuuuuuulah rapat sehingga saya terpaksa memandu dengan lebih laju walhal di hadapan ada kereta yang lenggang kangkung geraknye (Peringatan : saya masih di laluan kiri..), maka saya perlu keluar dari situasi ini.
Jadi, dengan bersusah payahnye saya beralih ke laluan tengah dengan keadaan trafik yang masih sesak dek kerana orang berlumba mahu tengok cerita Gemersik Kalbu dan semestinya laju-laju belaka. Dan apa yang berlaku ialah, kereta berkenaan kini berada di sebelah saya… mengehon saya sesuka hati atuk nenek keturunan dia dan cuba untuk memintas Blackie. Ewah ewah!!! Don’t you know which lane are you right now you stupid jackass #%^())&^$##@@#@@!!#$$$^%$$#!!!!! (pleaaasssseee… forgive me with my Spanish language… but I can’t control myself esp in this situation huhuu)
Lalu saya……
Dan terus memecut tanpa sekali pun melihat cermin sisi….. dan kereta berkenaan tidak lagi kelihatan sehinggalah saya tiba di rumah.
Setelah sekian lama saya tidak menjejak kaki ke KL Sentral, ntah mengapa pada hari itu saya ke sana. Hari itu... ya hari itu saya ke KL Sentral. Hmm hari itu....
Tak banyak sangat perubahan di sana. Gerai-gerai menjual aksesori, baju, ubat-ubatan dan juga kaunter menjual rumah masih ada lagi di situ. Kedai coklat yang ada coklat duit itu pun masih setia di situ. Melewati gerai-gerai tersebut, saya senyum sendiri.. 'dulu inilah tempat melepak dan transit sebelum pulang ke kampung'.
Setelah puas meronda mengimbau kenangan lama, mula berjalan untuk pulang. Terpandang akan saya dengan seorang teman kolej dahulu. kelihatannya segak dan kemas tapi tampak kepenatan. Baru pulang dari kerja barangkali. Saya terlihatkan dia dan begitu juga dia. Kami saling tersenyum, melambai dan menyapa sekadarnya tetapi tidak dapat berbual kerana saya sedang menuju ke arah platform dan dia sebaliknya. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terus memandang ke hadapan tanpa ingin berpaling kembali kepada teman saya itu apabila dia tiba-tiba saja berteriak....
Hari ini 1 Ramadhan... Selamat Berpuasa semuanya...
Maka, mulakanlah hari pertama di bulan yang penuh barakah ini dengan kesyukuran dan senyuman.
Pagi ini saya sudah tersenyum...
Menerima email balasan dari seorang teman yang sudah lama tidak dihubungi...
Rindu sekali dengan teman-teman semua... (di mana korang? Baru jumpa satu nih hehe)
~tintaku menari... ikut lagu dendangan pop band festival seni hehe~
Hoho... suka betul buat statement yang kontroversi kan? Ahaks...
(bersambung pada hari esok....)
Ok. Mari kita sambung cerita. Hehee
World Cup kali ini sudah hampir ke penghujung. Sayang sekali saya terlepas menyaksikan pertemuan Uruguay dan Netherland pada peringkat separuh akhir malam tadi huhu... Tapi tidak mengapa, seperti yang dijangkakan, Netherland menang!! Yatta!!! Jadi, saya bercita-cita utk menonton pertemuan panas Jerman dan Spanyol malam ini. Hmm Berusahalah Ona!!! (jangan terbabas lagi macam malam tadi sudah laa hehehe)
Tapi apa kaitan dengan jatuh cinta nih? hehe Mesti laa pemain-pemainnya... (*mode gatai) Saya bukan pengikut setia arena bola sepak. Tapi bohong laa jika saya katakan saya tak tahu langsung... (suddenly Arsenal appears in my mind ahaksss). World Cup kali memancing saya untuk mengikutinya. Kerana apa? Siapa?
Inilah dia yang berjaya mengunci mata saya kali ini. Chewah!!!
Mesut Ozil dari Jerman.
Biarpun seorang teman mengatakan dia takut dengan Ozil kerana seperti 'adik kepada Gollum', PEDULIKS!! Kejam gile cakap mamat nih iras adik si Gollum (Gollum ada adik ke??). Dia main best tau heee
Akan tetapi bukan bermakna saya penyokong kuat Jerman ya. Saya masih juga suka corak permainan pasukan Sepanyol. Jadi, pada malam ini saya tidak berpihak pada mana-mana pasukan kerana saya tahu kedua-duanya sama hebat. Saya mengaminkan mana-mana pasukan yang berdoa untuk kemenangan pasukannya. Tapi, oleh kerana Ozil je yang saya jumpa berdoa, maka saya aminkan untuk Ozil dulu hehehe...
'Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada pasukanku....'
'Amiiiiiiiinnnnnnnn.......'
Viel Glueck!!!
Buena Suerte!!!
~tintaku...
menimang bola... adeiii~
update terkini :
Jerman tewas 0-1 kepada Spain
dalam erti kata lain SPAIN MENANG!!!
FELICITACIONES!!!
To Ozil, kita cuba lain kali ye... huhu
(4.52 am)
Ahaaaa.... inilah dia tajuk BESAR kali ini... Seperti biasa lah, tatkala cuti sekolah saja, kenduri di sini sana. Dan kali ini, merupakan giliran adinda saya yang tercinta... Nornabiha Elias.
Tanggal 6hb Jun 2010, rasmilah Si Biha menjadi isteri orang. huhu tahniah adikku. Akak tumpang gembira dengan kamu... sob sob.. uhhh please!! tak kose nak menangis. haha gembira ye Ona gembira :):):) Tapi ntah kenapa ketika majlis akad nikah, saya yang melalak lebih-lebihan dari sang pengantin. (Malu siot!! hehe)
Jadi, oleh kerana ketika majlis berlangsung, saya teeeerrrsaaanngaaaattt laa sibuk (berlari ke sini sana), bukan OP malah ketiadaan kamera (anda tau apa yang saya maksudkan *bertafakur kejap*), jadi tidak banyak gambar yang dapat saya sisipkan.
Anyway, Selamat Pengantin Baru Biha!! :):):)
:):):)
p/s : Selamat pengantin baru juga buat sahabat baik, Marini & Shahir :):):)
'Jika sayangkan sesuatu, janganlah sayang bersungguh-sungguh... kelak ia akan pergi..... dan begitulah sebaliknya...' ...................................................................................................................................
Saya sangat sayangkan dia... Saban hari saya akan menatap dia tanpa jemu... Setiap hujung minggu kami akan keluar bersama Mengharungi aktiviti dengan girangnya...
Kini, dia sudah tiada.. Saya tak dapat menatap dia lagi dia tak dapat menemani saya lagi dia pergi.... dirampas orang!!! ..................................................................................................................................
Jika begitu hendak jadinya Saya bersumpah... Perampas itu kelak hidupnya tidak mudah!!! Dirinya sentiasa dirundung ketakutan!!! Derap langkah akan berada dalam kebingungan!!! 7 keturunannya akan berlarutan!!!! Dikau akan temui aku tatkala kita mengadap Tuhan!!! ...bersama-sama dia
Hmmm... diam tak diam, kita sudah berada pada minggu ke-3 bulan Ramadhan... ini bermakna ada lebih kurang 10 hari saja lagi untuk kita menjalani ibadah Rukun Islam yang ke-3 ini sebelum menjelangnya bulan Syawal.... RAYA!!!! Namun saya kira, masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat berpuasa, selamat berbuka, berterawikh, mengejar lailatulqadar dan seterusnya selamat menyambut hari raya. Dan... rasa-rasanya masih ada waktu lagi untuk kita mengadakan majlis berbuka puasa puasa bersama-sama. Jadi... siapa nak belanja saya buka puasa nih??? heeee
Jika dikenang-kenangkan semula, banyak peristiwa yang berlaku pada diri sepanjang tempoh berpuasa hingga kini.. mengejutkan, menyedihkan, menggembirakan dan mengesalkan... ceh.. ada ke perkataan 'mengesalkan'???
Kehilangan
Seminggu sebelum berpuasa saya telah kehilangan seorang teman rumah. Nad namanya.. sebenar-benarnya kami se-ofis malah satu department... Si Nad nih masuk ke rumah saya setelah hampir lebih 6 bulan bekerja. Kebetulan rumah saya ada kekosongan dan Nad pula tinggal keseorangan di rumah sewanya... umpama orang haus dihulurkan air.. kami serumah menerima Nad dengan pintu yang terbuka luas... heeee Tapi sayangnye.. baru saja sebulan menetap bersama kami, Nad telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Kerajaan.... siapa yang tak mahu kan?? hmm sedih??? mesti laa sedih... sebab saya merasakan... saya agak rapat dengan Nad kerana... kami mempunyai minat yang sama iaitu fotografi dan... MAKAN!!!! apa-apa pun saya mendoakan agar Nad gembira dengan kerjaya dan hidup barunya sekarang... ada masa boleh lepak-lepak okay??!!
Dan keduanya, sekali lagi saya kehilangan teman.... serumah. Ya!!! kali ini saya terkejut... serius... Nor Liyana namanya. Seorang yang kecil molek, lemah lembut... dan sangat lemah!!! Yes, lemah... tapi bukan lemah apa.. dia nih kelihatan lemah tak bermaya kerana Yana nih sakit... sakit ape saya tidak pasti tetapi Yana nih sentiasa kelihatan pucat dan keletihan. Pernah satu ketika saya memarahinya kerana amalannya yang pada pandangan mata saya kurang sihat sehinggakan dia terpaksa duduk memerap di dalam surau pejabat. (Oh ya.. saya lupa nak beritahu yang Yana juga sepejabat dengan saya....) Akhirnya, Yana hanya dapat bekerja dan menetap di rumah saya dalam lebih kurang dalam sebulan juga... hmm mungkin kerana masalah kesihatannya dan mungkin juga kerana tekanan kerja... hmmm.... dan seminggu selepas berpuasa saya dikejutkan dengan berita kematian Yana... khabarnya sakit jantung... sung...guh... me.. nge...jut..kan!!!Masih lagi terkenang saat saya memarahinya... masih lagi terdengar-dengar suara Yana menyanyi di bilik belakang... Moga-moga Yana tergolong di kalangan mereka yang beriman... Al-Fatihah.
Keraian
Haaa... pada bulan kali ini jugalah kita meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-52. Cabaran sungguh sambut Hari Merdeka pada bulan puasa nih... tapi sesungguhnya rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh meriah... Ketika Merdeka Eve ini saya berada di rumah baru seorang teman, Azuwa di Sri Petaling. Mahu saya masakkan char kuew tiow katanya. Yang menariknya, rumah barunya itu betul-betul mengadap Genting Highland. Jai, pada waktu malam kami dapat melihat satu panorama yang cukup menarik. Lampu-lampu sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan juga sinaran lampu dari Genting Highland umpama kota tergantung Babylon gamaknya. Sayang sekali, saya tidak membawa kamera pada ketika ini. Apa pun, Selamat Hari Merdeka Malaysia.... :):):)
Dan hujung minggu baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar TIGS... wow!!! Perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Yelah, saya meninggalkan TIGS pun tatkala tingkatan 4 kerana pergi ke asrama, jadi, sudah pasti saya akan gagal mengingati wajah hatta nama rakan-rakan yang masih lagi setia di sana dulu. Namun, Alhamdulillah mereka menyambut semua bekas warga TIGS dengan riang gembiranya tanpa mengira batch sebagainya. Thank you kawan-kawan. :):):):)