Friday, March 5, 2010

Rindu.

Yes!!! Saya sedang m-e-r-i-n-d-u-i
sesuatu(??)
seseorang(??)

Ahaaa….

Ok. Terus ke perkara sebenar. Ingatkah satu ketika dahulu saya pernah me’review’ sebuah novel thriller nukilan penulis Eyman Hykal? Ya, Novel Meniti Maut yang mengisahkan Fariz seorang agen BISIK yang berjuang demi negara, bangsa dan agamanya. (ingin tahu lebih lanjut sila rujuk sini). Malah, penulis novel ini pernah juga bersanggah ke laman blog saya ini hehe Saya sungguh berbangga. Terima kasih incik penulis ;)

Kalau nak tahu, sang penulis ini sedang mengusahakan sambungan kisah Meniti Maut ini yang bertajuk Detik Debar. Fariz menerima tugasan yang seterusnya dan sudah tentu lebih mencabar!!! Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kisah ini bolehlah singgah ke blog beliau. Saban minggu saya pasti akan menjenguk ke blog ini untuk mengetahui khabar terbaru Fariz.

Akan tetapi…. (here comes the sad thing….)

Sudah beberapa minggu ini Detik Debar senyap seribu bahasa. Huhu Khabar dari sang penulis : beliau sedang mengulangkaji fragmen terdahulu untuk mendapatkan flow cerita yang lebih menarik dan kemas.

Dan ya,

Saya rindukan idea Encik Eyman Hykal…
Saya rindukan Fariz (wish he was real hihi)…
Saya rindukan Detik Debar…

~tintaku...
mengetuk meja...~

No comments: