Pagi itu api tiba-tiba marak…. Sungguh besar… sehinggakan tiada siapa mampu untuk memadamnya. Api cuba melarikan diri kerana dia takut dirinya akan semakin besar sehingga mengakibatkan letupan yang mungkin memudaratkan sesiapa yang berdekatan. Api sungguh gusar!!!!
Lalu dia pun membawa diri ke kaki gunung dengan harapan maraknya itu mengecilkan… dan ianya berjaya… ianya memang mengecil namun tatkala mahu kembali ke tempat asalnya, api merasakan dirinya kembali marak. Aduh.. hati kecilnya mengeluh…
Sekembalinya api di sini, maraknya semakin besar. Walaupun api cuba untuk membendung agar ianya tidak merebak tetapi bahang panas api itu cukup dirasai oleh mereka di sekeliling…. TAKUT!!! Dan api sedar akan keadaan itu.
Mungkin…. Api merasakan mungkin di sini bukan tempat untuk dirinya bertapa lagi. Mungkin api perlu merantau ke daerah lain agar maraknya tidak membesar seperti tika ini. API PERLU PERGI!!! PERGI!!
~tintaku...
ketakutan..... huhu~
1 comment:
api perlu pergi kutub utara baru sejuk..hehe..
ada hikmah disebaliknya :)
Post a Comment