Semalam pergi menonton cerita Harry Potter bersama teman-teman. Hmm Harry Potter, memang filem ini sangatlah dinanti-nantikan ketibaannya. Bersyukur sangat kerana saya dapat juga melapangkan masa untuk menontonnya.
Seperti biasalah, kisah kali ini tak lain tak bukan berkenaan 3 sekawan nih Harry, Hermione dan Ron dalam peperangan mereka dengan You~know~who. (Erk.. rasa-rasa kalo sebut nama Voldermort, dia akan datang kat kita tak? Hee) Kisah kali ini lebih menggambarkan zaman kegelapan dunia persihiran tatkala kebangkitan You~know~who bersama labu-labunya dan juga kematian tokoh ilmuan sihir Profesor Dumbledore. Jadi, Harry dan kawan-kawan telah menerima barang yang diwasiatkan untuk mereka oleh Profesor Dumbledore. Dan mereka pun meneruskan pencarian mereka untuk menghapuskan hocruxe2 You~know~who itu….
Chewah!!!! Macam best je saya memberi synopsis kisah Harry Potter nih. Mungkin ramai yang tidak hairan kerana majoriti kamu di luar sana telah membaca buku cerita ini. Dan menonton filem ini pada saya lebih kepada bonus bagi novel tersebut dan juga untuk melihat sejauh mana hebatnya interpretasi imaginasi manusia terhadap novel kegemaran dunia ini pada halwa mata kita. Hmm.. saya merasakan filem kali ini dikupas agak detail, mungkin kerana itu juga kisah kali ini dibahagi kepada 2 bahagian.
Apa-apa pun saya sangat admire pada beg serba guna kepunyaan Hermione. Si Manis yang bijak bistari itu telah membuat persediaan yang lebih awal dan agak rapi jika hendak dibandingkan dengan 2 orang si bujang Harry dan Ron. Ya lah, apa yang kamu semua nak harapkan.. dah namanya anak lelaki teruna… memang macam tuh lah perangainya hehe… Beg Si Hermione tuh biar pun nampak kecil, tetapi sarat dengan pelbagai keperluan… cuba sebut apa saja.. khemah? Ada.. baju? Ada.. buku? Ada.. pinggan mangkuk? Ada… cukup segala keperluan untuk membolehkan mereka bertiga hidup dalam pelarian… hoho terima kasih kepada guru-guru Sekolah Berasrama Penuh Hogwarts kerana telah mengajar budak-budak ini…. Magik untuk memudahkan kehidupan!!! Hebat!!!!
saya nak beg itu....
3 jam berlalu, saya tetap terkebil-kebil mengadap skrin besar pawagam. Terasa seronok sekali sekala berada dalam dunia sihir nih… apatah lagi sebab admire gile ngan beg Hermione tuh.. Kalaulah Jusco ada buat sale beg tuh…. Hehe
Dan oleh kerana terlalu sukakan beg itulah… tidur saya tetap juga bertemankan kisah Harry Potter. Walaupun tidak keseluruhannya, tetapi dia tetap menjengah mainan tidur saya. Sementelahan saya sedang sibuk mengemas2 barang untuk berpindah ke rumah baru pada hujung minggu, penyelanggaraan barang2 adalah masalah utama. Dalam mimpi saya, saya telah memasukkan dapur ke dalam tas tangan saya!!! Woooohooo!!! Masalah selesai!!!! Tapiiii… mimpi jek.. erk??!!
Pendek kata, pergilah menonton cerita Harry Potter nih… Seronoooookkkk…. Haha ;););)
~tintaku menulis,
zam zam ala kazaaaammmm~
6 comments:
dahsyat penangan citer.. klu ada jual nanti beli lebih untuk aku yerk! :)
haaa itu laa pasal.. kalo ada laaa.. aku belikan untuk sume kawan2 aku.... esp ko.. nanti senang je.. nak jalan2.. ND nangis.. seluk handbag.. kuar botol susu yang suam2 kuku... haaaaa best tak? :):):)
best best..nak jugak!!!haha..
mcm poket doraemon (^^')..
aku rasa JK Rowling habis idea aa... banyak tiru.. plot pakai rantai jadik cepat marah tue bkn mcm cerita LOTR ke?
// sy baru menonton movie ini semalam (^^)v- paling best dlm sejarah HP. yg before2 nie x best sgt.. maybe sbbdiorng budak2 hingusan kot.. (^^')
aini.. aku suka lagi the prisoner of azkaban... hehe
Post a Comment