Setelah sekian lama saya tidak menjejak kaki ke KL Sentral, ntah mengapa pada hari itu saya ke sana. Hari itu... ya hari itu saya ke KL Sentral. Hmm hari itu....
Tak banyak sangat perubahan di sana. Gerai-gerai menjual aksesori, baju, ubat-ubatan dan juga kaunter menjual rumah masih ada lagi di situ. Kedai coklat yang ada coklat duit itu pun masih setia di situ. Melewati gerai-gerai tersebut, saya senyum sendiri.. 'dulu inilah tempat melepak dan transit sebelum pulang ke kampung'.
Setelah puas meronda mengimbau kenangan lama, mula berjalan untuk pulang. Terpandang akan saya dengan seorang teman kolej dahulu. kelihatannya segak dan kemas tapi tampak kepenatan. Baru pulang dari kerja barangkali. Saya terlihatkan dia dan begitu juga dia. Kami saling tersenyum, melambai dan menyapa sekadarnya tetapi tidak dapat berbual kerana saya sedang menuju ke arah platform dan dia sebaliknya. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terus memandang ke hadapan tanpa ingin berpaling kembali kepada teman saya itu apabila dia tiba-tiba saja berteriak....
"woi, ko kuruuuuuuuuusssss"
...........................................
Siot.
~tintaku tiba-tiba
bengang...~