Wednesday, September 15, 2010

It's Your Birthday!!!!

Selamat Hari Lahir
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayang...
(hihi)

~Tintaku menari...
sambil menyanyi... girang~

Sunday, August 29, 2010

Khas Buat Pojan....

Pagi ini saya seakan tersedar dari tidur yang panjang. Ternyata sudah lama saya tidak mengendahkan teman saya yang seorang ini. Huhu maafkan saya sahabatku.

Sebenarnya, saya masih berhutang dengan seorang sahabat saya, Pojan aka Kuizikel untuk memaparkan hasil album kenduri makcik saya, Umi. Rasanya hampir setahun yang lepas kenduri Umi berlangsung. Huhu sorry sorry dan sorry tak terhingga buat semua terutama Pojan.... :(:(:( Jadi, ini laaa hasil yang selama ini saya peram. Tapi kan Pojan, mintak maaf lagi sebab kualiti gambar tak seelok gambar yang diambil pakai Nikon D40 ye... Harap maklum.

Ini ketika saya menerima bungkusan dari Incik Tukang Cetak (Photobook)

Dan ini pula hasil-hasil dari proses editting yang saya buat sendiri... Hmm, takde laa lawa sangat tapi still rasa puas hati laa juga... Saya buat sendiri kan.. hehe

Majlis Akad Nikah

Doa buat sang isteri. Dan sendukan pertama setelah bergelar suami isteri ecececceceh

 Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tapi kan, yang paling penting ialah.....

Haaaaaaaaaaaaa...... seperti yang dijanjikan... saya letaklah muka tukang yang ambil gambar ketika majlis berlangsung.... "Pojaaaaaannnn!!!! Ko nampak tak muka ko tuh??!!! hehe"

OK. Dengan itu, secara rasminya, saya sudah tiada hutang dengan sahabat terchenta saya ini... erk, saya rasa... heheh kalau ada lagi habaq mai awai-awai ye pojan... lagi kurang 2 minggu lagi nih nak raya hehe

Komentar peribadi terhadap album.

Overall, album nih OK. Seperti yang saya bayangkan laaa... Cuma dia tidaklah seperti custom album seperti mana2 wedding photographer buat untuk sang pengantin mengikut package yang telah diminta. Lagipun, album ini merupakan projek editting pertama saya. Tak adalah sehebat mana. Kertasnya nipis sahaja tapi berkualiti. Warna gambar-gambar pun tidaklah lari seperti ada sesetengah printing company yang tidak dapat mencetak mengikut warna yang ditetapkan oleh pelanggannya. Tapi apa2 pun, saya perlu perbaiki skill meng'edit' saya. Hmm... ibu ada meminta agar saya membuat album yang sama untuk kenduri sang adik tapi maaf ye bu, bukan sekarang. Hidup sedang terumbang ambing. (Ya Allah mohon tenangkan gelombang emosi ini... Amiinn)

Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba bentuk album seperti ini, boleh melayari website photobook sendiri. Tapi rasanya, ramai yang dah tau kan :):):)

(Saya menaip kali ini sambil ditemani oleh suara Maher Zain, ini pun salah Pojan jugak... ahaksss)

~bila tintaku menari...
terasa penat... sebab berpuasa hehe~

Tuesday, August 24, 2010

Gila.

Hari ke-14. saya dapat lihat bulan penuh di malam hari. Bulatnya bulan sama bulat dengan matahari yang tegak di atas kepala pada tengah hari. Panas.

Hari ke-14 ini juga saya mengalami seribu satu macam perasaan, perkara, masalah, iktibar dan dugaan. Mungkin Tuhan mahu menguji. Itu pujuk sang hati. Mungkin. Tapi saya sedar segala kealpaan itu datangnya dari saya… maka ujian yang menimpa hanya sekadar sebagai cerita pelengkap malah juga sebagai penyedar untuk saya yang semakin hanyut ini.

Kisah sebenar.

Dia gadis yang cantik. Bibir merah delima. Kulit putih mulus. Pendek kata, sesiapa jua yang melihat akan tertarik. Dia baru saja dilantik sebagai salah seorang pengarah di dalam sebuah syarikat kewangan. Dengan gaji yang cukup membanggakan dia berkeinginan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan jawatan yang dimilikinya. Malah khabarnya, sudah berura-ura untuk membeli rumah sekali. Namun sayang, perlantikannya tidak disenangi oleh teman-teman sepejabat. Lalu dia dituduh cuba menggoda ketua pengarah syarikatnya. Begitu juga dengan teman serumahnya. Tapi dia sedikit pun tidak mengendahkan segala kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Pada gadis itu, itu adalah rezeki yang datang bergolek, peluang yang terbentang di hadapannya. Maka, pedulikan dengan cercaan mereka yang tidak berkenaan kerana mereka hanya cemburu dengan kedudukannya sekarang. ~katanya.

Sayang sekali. Semua di atas hanya berlaku dalam minda gadis itu. Bukan reality sama sekali.

……………………………………………………………………………………………....

Pernahkah kita berimaginasi sedemikian rupa. Membayangkan yang kita menjadi seseorang yang sangat hebat, yang menjadi pujaan ramai, yang dicemburui semua orang. Pernahkah? Saya tidak malu untuk mengatakan ya. Ya! Saya pernah berimaginasi sedemikian. Tetapi saya sedar tanah tempat berpijak. Maka imaginasi saya itu, saya jadikan impian untuk saya capai kelak. Alhamdulillah, setidak-tidaknya sebahagiannya sudah saya miliki. Syukur kepada Tuhan.

Dan malang sekali bagi gadis itu. Dia terus tenggelam dalam dunia ciptaannya yang tak berpenghujung itu. Sudah sebati dengan dirinya sehinggakan tidak diketahui antara realiti dan imaginasi. Rasa-rasanya, gadis itu sudah jatuh gila ke tidak?

Apa-apa pun saya tumpang bangga dapat membantu gadis itu mendapatkan kerjanya sekarang…. *wink*

~tintaku…
berpuasa… alhamdulillah~

Wednesday, August 11, 2010

Kamu buat saya tersenyum....

Hari ini 1 Ramadhan... Selamat Berpuasa semuanya...
Maka, mulakanlah hari pertama di bulan yang penuh barakah ini dengan kesyukuran dan senyuman.

Pagi ini saya sudah tersenyum...
Menerima email balasan dari seorang teman yang sudah lama tidak dihubungi...
Rindu sekali dengan teman-teman semua... (di mana korang? Baru jumpa satu nih hehe)

~tintaku menari...
ikut lagu dendangan pop band festival seni hehe~

Wednesday, July 21, 2010

Sakit Kepala.

Saya baru saja dikejutkan dengan satu kesilapan yang tidak sepatutnya saya lakukan… DI TEMPAT KERJA!!!!

Technical mistake

Bayangkan sebatang pembaris besi panjang dalam keadaan berbaring diangkat dengan dua jari telunjuk. Jari – jari tersebut jaraknya dalam lebih kurang 5 cm antara satu sama lain simetri di tengah-tengah pembaris tersebut. Kemudian dengan bantuan seorang kawan, gunakan dua lagi jari untuk menekan kedua-dua hujung pembaris ini. Hasilnya, pembaris akan menjadi SANGAT bengkok!!!!

Tolong jangan bayangkan. Saya sudah pening :(:(:(

~tintaku…
terkaku…~

Friday, July 16, 2010

Oh Nooooo.........

Harga minyak naik lagi!!!!!

Tidak!! Tidak!! Dan tidaaaakkkk!!!!

Haa lepas nih... harga gula.. tepung.. minyak masak.. gas...
semua naik lah...

Tak boleh ke, kenaikan harga-harga ni semua diselanjarkan dengan kenaikan gaji para pekerja?

~tintaku nak refill dakwat,
tapi tak mampu.. huuu~

Tuesday, July 6, 2010

World Cup 2010... I'm In Love...

Hoho... suka betul buat statement yang kontroversi kan? Ahaks...

(bersambung pada hari esok....)

Ok. Mari kita sambung cerita. Hehee

World Cup kali ini sudah hampir ke penghujung. Sayang sekali saya terlepas menyaksikan pertemuan Uruguay dan Netherland pada peringkat separuh akhir malam tadi huhu... Tapi tidak mengapa, seperti yang dijangkakan, Netherland menang!! Yatta!!! Jadi, saya bercita-cita utk menonton pertemuan panas Jerman dan Spanyol malam ini. Hmm Berusahalah Ona!!! (jangan terbabas lagi macam malam tadi sudah laa hehehe)

Tapi apa kaitan dengan jatuh cinta nih? hehe Mesti laa pemain-pemainnya... (*mode gatai) Saya bukan pengikut setia arena bola sepak. Tapi bohong laa jika saya katakan saya tak tahu langsung... (suddenly Arsenal appears in my mind ahaksss). World Cup kali memancing saya untuk mengikutinya. Kerana apa? Siapa?


Inilah dia yang berjaya mengunci mata saya kali ini. Chewah!!!
Mesut Ozil dari Jerman.
Biarpun seorang teman mengatakan dia takut dengan Ozil kerana seperti 'adik kepada Gollum', PEDULIKS!! Kejam gile cakap mamat nih iras adik si Gollum (Gollum ada adik ke??). Dia main best tau heee

Akan tetapi bukan bermakna saya penyokong kuat Jerman ya. Saya masih juga suka corak permainan pasukan Sepanyol. Jadi, pada malam ini saya tidak berpihak pada mana-mana pasukan kerana saya tahu kedua-duanya sama hebat. Saya mengaminkan mana-mana pasukan yang berdoa untuk kemenangan pasukannya. Tapi, oleh kerana Ozil je yang saya jumpa berdoa, maka saya aminkan untuk Ozil dulu hehehe...









'Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada pasukanku....'











'Amiiiiiiiinnnnnnnn.......'






Viel Glueck!!!
Buena Suerte!!!

~tintaku...
menimang bola... adeiii~

update terkini :
Jerman tewas 0-1 kepada Spain
dalam erti kata lain SPAIN MENANG!!!
FELICITACIONES!!!
To Ozil, kita cuba lain kali ye... huhu
(4.52 am)