Tuesday, March 2, 2010

I Love Wedding

Hello…. Hehe ok ok saya percaya entri kali ini mungkin mengundang kontroversi. Apatah lagi bagi seseorang yang masih single mingle n super hot macam saya (bluwek… cuba tiru ayat Marini… but it’s so not me.. haha) Wedding… Perkahwinan… perkataan keramat bagi setiap individu. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, perkahwinan menjadi satu fasa atau titik tolak kehidupan itu mencecah ke arah kesempurnaan. Yelah.. sudah berkerjaya.. berkereta (berharta)… apa lagi yang dimahukan? Keluarga… bermula dengan sang suami… kemudian anak-anak… hmmm….





TETAPI….

Saya bukan nak bercerita tentang perkahwinan saya… bukan nak beritahu my wedding dream… bukan!!!!

Semua orang pastinya mahu berkongsi kegembiraan mereka dengan orang yang mereka sayang… ibu bapa.. adik beradik.. saudara-mara… sahabat-handai… SAYA juga suka untuk menikmati kegembiraan mereka-mereka ini. Di hari perkahwinanlah selalunya akan berlaku gathering tak sengaja… jumpa teman-teman yang sudah terpisah… makcik-makcik yang hanya ketemu setahun sekali ketika Hari Raya. Dan pastinya waktu inilah, masing-masing kalau boleh akan melaram seada-adanya (kalau boleh nak macam pengantin jugak hahaha).





Pendek kata saya suka dengan hari perkahwinan. Saya suka melihat senyuman manis si pengantin dan gelak tawa para jemputan. Everything is so pure and sincere during wedding day. Dan semoga perkahwinan terus berkekalan agar kita akan dapat mendengar bunyi gelak tawa yang sama untuk hari-hari yang mendatang.







That’s why I love wedding…. :):):)


~Tintaku tiba-tiba menyanyi...
'Love is in the air..'~

5 comments:

amoi said...

saya tak suka pergi kenduri sedara sebab nanti saya dapat soalan cepu emas..huhu...

dropmental said...

hehe.. itu tak dapat nak elak lah... sebab dorang nak share sama the happiness (konon2 laa) ahaksss

NedLi Sakurai said...

Saya x suker pegi kenduri org.. tp saya suker pegi kenduri saya (^^i). Dang!

amoi said...

ye betul aini..kenduri sendiri lagi best..ahahaha...

dropmental said...

ok.. juz wait for your own reception... and i will come!!! yatta!!! haha