Hoho... suka betul buat statement yang kontroversi kan? Ahaks...
(bersambung pada hari esok....)
Ok. Mari kita sambung cerita. Hehee
World Cup kali ini sudah hampir ke penghujung. Sayang sekali saya terlepas menyaksikan pertemuan Uruguay dan Netherland pada peringkat separuh akhir malam tadi huhu... Tapi tidak mengapa, seperti yang dijangkakan, Netherland menang!! Yatta!!! Jadi, saya bercita-cita utk menonton pertemuan panas Jerman dan Spanyol malam ini. Hmm Berusahalah Ona!!! (jangan terbabas lagi macam malam tadi sudah laa hehehe)
Tapi apa kaitan dengan jatuh cinta nih? hehe Mesti laa pemain-pemainnya... (*mode gatai) Saya bukan pengikut setia arena bola sepak. Tapi bohong laa jika saya katakan saya tak tahu langsung... (suddenly Arsenal appears in my mind ahaksss). World Cup kali memancing saya untuk mengikutinya. Kerana apa? Siapa?
Inilah dia yang berjaya mengunci mata saya kali ini. Chewah!!!
Mesut Ozil dari Jerman.
Biarpun seorang teman mengatakan dia takut dengan Ozil kerana seperti 'adik kepada Gollum', PEDULIKS!! Kejam gile cakap mamat nih iras adik si Gollum (Gollum ada adik ke??). Dia main best tau heee
Akan tetapi bukan bermakna saya penyokong kuat Jerman ya. Saya masih juga suka corak permainan pasukan Sepanyol. Jadi, pada malam ini saya tidak berpihak pada mana-mana pasukan kerana saya tahu kedua-duanya sama hebat. Saya mengaminkan mana-mana pasukan yang berdoa untuk kemenangan pasukannya. Tapi, oleh kerana Ozil je yang saya jumpa berdoa, maka saya aminkan untuk Ozil dulu hehehe...
'Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada pasukanku....'
'Amiiiiiiiinnnnnnnn.......'
Viel Glueck!!!
Buena Suerte!!!
~tintaku...
menimang bola... adeiii~
update terkini :
Jerman tewas 0-1 kepada Spain
dalam erti kata lain SPAIN MENANG!!!
FELICITACIONES!!!
To Ozil, kita cuba lain kali ye... huhu
(4.52 am)