Monday, May 7, 2012

Berakhir sudah...

Saya patut cerita kisah ini dari dulu lagi.... sepatutnya...



Projek Pop yang disiarkan di 8TV pada setiap hari Ahad pukul 10.30 malam. Kisah dan drama di sebalik sebuah konsert gigs yang terbesar di Malaysia. Tambah menarik tentang Projek Pop ini ialah, kumpulan-kumpulan indie di Malaysia sama-sama menjayakannya selain sebuah lagi band yang dicipta khas untuk drama ini. Kisah cinta bersegi-segi sana dan sini antara Amad, Alis dan Kamil, konflik di kalangan urus setia (biasa laa kalau tengah buat projek, masalah-masalah mesti tak dapat dielakkan), perangai pengarah projek yang benar-benar seorang peng~arah.. membuat siri ini lebih panas, serabut dan lain dari mana-mana drama bersiri di Malaysia.
  • Kerana Projek Pop inilah, saya mendisiplinkan diri untuk segera kembali ke rumah sebelum 10.30 malam SETIAP ahad. (macam laa selalu keluar tiap-tiap minggu... kaaaannnn hehee)
  • Kerana Projek Pop inilah, saya dapat menatap band kegemaran saya Hujan :):):)
  • Kerana Projek Pop inilah, membuatkan saya merenung kembali kenangan lama membuat projek di kolej dahulu.... ahaaaaaa penat tapi seronokzzz!!!! hihiii...

Tapi sayang, Projek Pop dah tamat...hmm minggu-minggu seterusnya mesti akan berlalu dengan bosannya. Jika mana-mana peminat Projek Pop ataupun geng Projek Pop yang membaca artikel saya ini, saya cuma nak cakap:

"PROJEK POP SANGAT BEEEEESSSSSTTTTTT!!!!!!!!!" (Sila buat season 2 lepas nih ye hehe)

I'm gonna miss u guys so much... seriously.... *sob sob ohhhhhhhh..... tapi takpe, boleh tengok lagi di Tonton hehe

~tintaku mahu cuba...
main drum seperti Amad ngehngehngeh~