Friday, August 26, 2011

Satu Hari di Hari Puasa.

Setelah sekian lama saya tidak menjejak kaki ke KL Sentral, ntah mengapa pada hari itu saya ke sana. Hari itu... ya hari itu saya ke KL Sentral. Hmm hari itu....

Tak banyak sangat perubahan di sana. Gerai-gerai menjual aksesori, baju, ubat-ubatan dan juga kaunter menjual rumah masih ada lagi di situ. Kedai coklat yang ada coklat duit itu pun masih setia di situ. Melewati gerai-gerai tersebut, saya senyum sendiri.. 'dulu inilah tempat melepak dan transit sebelum pulang ke kampung'.

Setelah puas meronda mengimbau kenangan lama, mula berjalan untuk pulang. Terpandang akan saya dengan seorang teman kolej dahulu. kelihatannya segak dan kemas tapi tampak kepenatan. Baru pulang dari kerja barangkali. Saya terlihatkan dia dan begitu juga dia. Kami saling tersenyum, melambai dan menyapa sekadarnya tetapi tidak dapat berbual kerana saya sedang menuju ke arah platform dan dia sebaliknya. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya terus memandang ke hadapan tanpa ingin berpaling kembali kepada teman saya itu apabila dia tiba-tiba saja berteriak....

"woi, ko kuruuuuuuuuusssss"
...........................................

Siot.

~tintaku tiba-tiba
bengang...~


Monday, August 22, 2011

Luncai dengan Labu-labunya

Keceluparan yang biasanya akan mengundang bala. Keselambaan melontarkan kata tanpa usul dan kesesuaian tema dan suasana. Saya percaya isu ini banyak berlaku dikalangan kita semua.

(Maaf jika intro kali ini terlalu ceroboh. Salam buat buat semua. Lama bertapa menyendiri tiba-tiba nak berkata semberono saja hehe)

Pengalaman saya berpindah randah meneruskan hidup sepanjang pertapaan saya membuatkan saya terfikir sendiri, bahawa dunia takkan lari dari orang-orang sebegini. Alasan mudahnya, "kita ada hak berkata, mengapa harus disia-siakan?' Demi untuk mendapatkan keadilan yang kononnya mulai goyah dan dipertikaikan malah untuk meluluhkan takhta seseorang, kita tidak perlu hendak melihat pada lanskap yang lebih besar, lihat saja pada kehidupan kita di PEJABAT.

Soal majikan yang kurang adil, pekerja yang kurang mendapat manfaat saya kira satu gambaran biasa di mana-mana. Maka di situlah tercetusnya semangat Sang Luncai ini. Melontarkan bahasa kurang enak dengan harapan pihak tertentu akan terasa dan muhasabah diri. Hmm, saya hanya boleh cakap itu semua bullshit.

Dunia yang sememangnya luas ini, semestinya memberikan kita bermacam-macam rezeki dalam setiap sudut. Bergantung bagaimana kita memperolehnya tidak kiralah perlu dikosinuskan atau mahu diteorem pitagoraskan. Rezeki itu tetap akan disalurkan kepada setiap umat di dunia ini. Berbeza dengan Luncai, dia melontarkan bisa kata-kata dan juga tipu helah politik demi mencapai objektif dirinya. Dan harus ingat, tidak semua mampu menjadi seperti Luncai. Ada yang terus tersimpuh dan ada juga yang terpaku mengalir air mata deras bila saja ditekan.

Munngkin ada yang mengatakan saya pengecut bila mana saya mengambil keputusan untuk berundur dari terus berhadapan dengan situasi ini. Ya, saya gagal menyanggah semua ini. Saya bukan Luncai. Tapi setidak-tidaknya Si Luncai masih ada labu-labunya. Kita???

tintaku menari,
tariannya tajam sekali....

Saturday, March 26, 2011

Hey!! Saya Kembali!!!

Setelah sekian lama tak melawat blog kesayangan, baru kini saya dapat meluangkan masa mengemaskinikan blog saya ini. Ternyata banyak dah sawangnya. Sorry ye wahai sang blog. Saya cuba meng'improve' diri saya ye nanti... apa2 pun Selamat Kembali Semula ke blog tercinta wahai Ona hihi 

Jadi, apa yang telah berlaku kepada diri saya kebelakangan ini?? hmm... Saya baru sahaja bertukar kerjaya. Jadi, untuk beberapa bulan pertama ini mungkin agak sibuk untuk cuba membiasakan diri dengan kerja terkini. Susunan jadual pun sudah mula berubah. Tak lagi diambil kira dengan suasana kerja, kawan-kawan... semuanya baru.. tapi percayalah, saya tetap saya cuma lebih elegan je (chewah!! haha) err... itu tidak lah ye heee..

Dan erm... saya telah kehilangan hak penjagaan terhadap Boboi kerana Boboi telah mencapai usia kematangan dia. Oleh itu, dia sudah boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri tanpa perlu sebarang rujukan oleh orang tuanya. hukhuk Walaupun sayang saya masih menebal, tapi saya terpaksa merelakan keputusan Boboi untuk ikut tinggal bersama kekasih yang baru ditemuinya di kampung ketika kenduri Biha.  Cis!!Boboi tinggalkan akak ye huhuuuu.

Apa pun, hidup kena juga diteruskan. Semakin sibuk dengan tugas baru tapi sedikit bosan sebab dah tiada si kecil yang menunggu saya di rumah. Kini hanya menumpang kasih dengan anak-anak kecil teman serumah je... err boleh laa tuh kan :):):)

Muka orang penat yang sedang kebosanan


~tintaku
tak sabar mahu menari...~