Friday, January 27, 2012

Satu Hari di Bulan Januari.

Hari yang sangat menggeramkan. Pada tahun 2012… awal 2012. Titik.

Ianya berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari pejabat. Saya memandu dengan halaju sederhana 70 – 80 km/h di laluan kiri. (Sila terkejut seperti dalam kisah sinetron Indonesia kerana di kalangan teman-teman rapat, mereka tahu saya penggemar fast and furious hihi). Dan yes, saya berada di haluan kiri sekali.

Sedang asyik memandu, tiba-tiba saya terperasan yang sebuah kereta sedang membontoti Blackie pada jarak yang sangat rapat!!! (Aik??!!! Bawak kat lane slow pun kena cucuk jugak??!!) Pada mulanya saya tidak mengendahkan gelagat kereta tersebut. Akan tetapi, jika dah 4-5 minit dia masih lagi mengekori Blackie dan kadangkala jarak kami terlalu lalu laluuuuuuuulah rapat sehingga saya terpaksa memandu dengan lebih laju walhal di hadapan ada kereta yang lenggang kangkung geraknye (Peringatan : saya masih di laluan kiri..), maka saya perlu keluar dari situasi ini.

Jadi, dengan bersusah payahnye saya beralih ke laluan tengah dengan keadaan trafik yang masih sesak dek kerana orang berlumba mahu tengok cerita Gemersik Kalbu dan semestinya laju-laju belaka. Dan apa yang berlaku ialah, kereta berkenaan kini berada di sebelah saya… mengehon saya sesuka hati atuk nenek keturunan dia dan cuba untuk memintas Blackie. Ewah ewah!!! Don’t you know which lane are you right now you stupid jackass #%^())&^$##@@#@@!!#$$$^%$$#!!!!! (pleaaasssseee… forgive me with my Spanish language… but I can’t control myself esp in this situation huhuu)

Lalu saya……

 
Dan terus memecut tanpa sekali pun melihat cermin sisi….. dan kereta berkenaan tidak lagi kelihatan sehinggalah saya tiba di rumah.

Hmm, jangan ditanya kereta apa.

~tintaku tak de nye nak menari...
dia menhentak-hentak sakit hati.. ~