Assalamualaikum.
Kembali semula setelah sekian
lama tidak bersiaran. Nak buat camne. Kehidupan sedikit terumbang-ambing
kebelakangan ini (fizikal, mental dan emosi… sigh).
Di mana harus saya mulakan. Hmm..
sebenarnya, saya rindukan zaman ketika belajar dahulu (lebih tepat : ketika di universiti
dahulu) Zaman kanak-kanak riang… belajar… shopping atau bermain kayak. Terus saja
saya terkenangkan seorang teman yang seringkali menemani saya ketika itu. Sebenarnya,
kami 3 sekawan. Belajar di kuliah yang sama sedari tahun pertama pengajian. Ke mana
saja kami pergi mesti bertiga. Coursemate kami semua sudah sedia maklum akan
hal ini. Andaikata seorang tiada, pasti ada emergency berlaku.. eg demam, balik
kampung etc. Walaupun kami bukan dari negeri yang sama, tapi itu bukanlah
alasan atau musbab mengapa kami tidak boleh berkawan baik… saya sendiri dari
Johor, A dari KL dan F dari Perlis. Malah, ibu bapa masing-masing pun dah aware
dengan keakraban kami.
Persabahabatan berlanjutan
sehingga selepas tamat pengajian. Ketika masing-masing mula nak membina
kerjaya, saling bertukar tips untuk membuat resume, berkongsi info tentang
market pekerjaan masa kini. A dan F bertuah kerana mereka berjaya diterima
masuk oleh well known company di Malaysia. Saya?? Oleh kerana, masa belajar
main-main, saya dapat kerja pun company biasa-biasa je hihiii tapi.. saya OK.
*senyum
Tahun berganti tahun, kami
bertiga masih lagi berkawan. Walaupun, ada sukar untuk bertemu bersama seperti
waktu belajar dahulu. Saya kira saya lebih rapat dengan A berbanding F kerana F
ketika itu jauh di Perak sedangkan A dan saya bekerja di KL. Tambahan pula A
dan F sudah pun berkeluarga, takkan nak kacau mereka dan keluarga mereka kan? Heheh
Namun begitu, tak bermakna kami tak berhubung sesama sendiri tau!!
Tapi entah bagaimana, pada satu
ketika saya berselisih faham dengan A. Puncanya A terasa saya seperti
meminggirkan dia dari hidup saya. Berlakulah sedikit perbalahan (saya percaya
perkara itu berlaku di fb) kerana masing-masing ingin menegakkan pendirian dan
pendapat masing-masing. Saya menidakkan tuduhannya dan A pula berterusan
membuat tuduhan terdapat saya. Sehinggakan A (saya percaya tanpa dia sedari)
telah mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati ini. Ye, sangat pedih
untuk saya kenang dan sehingga ke saat ini, air mata mesti bergenang *sedih…
Pada F lah tempat saya mengadu kesedihan saya, menyatakan ketidakpuasan hati saya
terhadap semua kata-kata dan tuduhan A ke atas saya. F hanya mampu memujuk saya
bersabar… kerana kata F, A mungkin tidak sengaja meluahkan semua itu.
*bila amarah menguasai, tindakan
melulu berlaku*
Akhirnya, saya nekad. Saya tidak
ingin berhubungan lagi dengan A. Saya tak ingin bertemu dengan A. Saya tak
ingin nak pandang wajah A. Saya tak ingin untuk menegur A. Semuanya saya tak
ingin… dek kerana perasaan marah saya padanya.
Percaya atau tidak, perkara ini
sebenarnya sudah berlanjutan hingga 5 tahun lamanya. Ye, sudah almost 5 tahun
saya dan A tidak bertegur sapa. Pernah juga A mencuba untuk menegur saya (tidak
secara direct… hanya membalas comment dalam fb dan respon terhadap kata-kata
saya dalam whatsapp group)… but you know, once truly a friend, you will
definitely understand what she tries to tell you – directly or indirect way,
right??? Akan tetapi hanya dipandang
sepi sahaja oleh saya. Terasa diri ini sangat kejam pula huhu. Dan F pula, tak
putus-putus nasihatnya kepada saya agar memaafkan A…. kerana katanya A pasti
tidak sedar dan tidak sengaja ketika itu. Lagipun, tidak rugi apa pun jika kita
memaafkan seseorang.
There’s a quote says ‘Take it
slowly and let the time heals everything’. Tapi saya kira 5 tahun itu sudah
agak lama tempoh masa untuk sembuh. Lalu saya cuba untuk buka hati ini untuk
move on dan terima A seperti sediakala. Dan pada hari ini pula merupakan hari
lahir A. Mungkin inilah masa yang tepat untuk saya memulakan langkah
perdamaian. Tapi saya takut… I just scared with the rejections. Huhuuu
Jauh di sudut hati, saya masih
meletakkan harapan agar hubungan saya dengan A kembali pulih. Dan saya berharap
agar A juga begitu.
A, awak mungkin tidak membaca
blog saya. Malah tidak ambil tahu pun tentang blog saya. Tapi, jauh di sudut
hati saya, saya masih rindukan suasana kita bertiga (saya, awak dan F)
bersama-sama. Lepak bersama, ketawa, makan, bergosip bersama-sama. Maka dengan
rendah diri, saya ingin mohon maaf atas segala kesalahan yang telah saya
lakukan. Mungkin benar, tanpa saya sedari, saya telah mengetepikan dan tidak
mengendahkan awak. Saya tidak bersama awak di saat awak bergelumang dengan
masalah yang besar. Saya tidak datang menghulurkan bantuan yang awak perlukan
dari seorang kawan. Saya tidak ada ketika awak perlukan seseorang untuk
mendengar kisah awak. Walhal sebelum ini, itulah yang kita selalu lakukan…
sakit sama sakit, suka sama-sama suka. Saya bukanlah kawan yang baik kerana
saya terlalu angkuh terlalu mengikut hati dan perasaan marah saya selama ini. So
today is your birthday. All I want to do is to wish you Happy Birthday. Moga
panjang umur, murah rezeki, dikuatkan iman, mendapat keberkatan, terus jadi
wanita yang kuat untuk anak-anak dan keluarga, moga ceria walau apa jua
keadaan. I wish that one day we can meet again and we can smile to each other…
again… just.. like.. old.. time. And I pray, that one day will come… soon.
Insya Allah. Happy Birthday Dear A.