Wednesday, September 7, 2016

A.

Assalamualaikum.

Kembali semula setelah sekian lama tidak bersiaran. Nak buat camne. Kehidupan sedikit terumbang-ambing kebelakangan ini (fizikal, mental dan emosi… sigh).

Di mana harus saya mulakan. Hmm.. sebenarnya, saya rindukan zaman ketika belajar dahulu (lebih tepat : ketika di universiti dahulu) Zaman kanak-kanak riang… belajar… shopping atau bermain kayak. Terus saja saya terkenangkan seorang teman yang seringkali menemani saya ketika itu. Sebenarnya, kami 3 sekawan. Belajar di kuliah yang sama sedari tahun pertama pengajian. Ke mana saja kami pergi mesti bertiga. Coursemate kami semua sudah sedia maklum akan hal ini. Andaikata seorang tiada, pasti ada emergency berlaku.. eg demam, balik kampung etc. Walaupun kami bukan dari negeri yang sama, tapi itu bukanlah alasan atau musbab mengapa kami tidak boleh berkawan baik… saya sendiri dari Johor, A dari KL dan F dari Perlis. Malah, ibu bapa masing-masing pun dah aware dengan keakraban kami.

Persabahabatan berlanjutan sehingga selepas tamat pengajian. Ketika masing-masing mula nak membina kerjaya, saling bertukar tips untuk membuat resume, berkongsi info tentang market pekerjaan masa kini. A dan F bertuah kerana mereka berjaya diterima masuk oleh well known company di Malaysia. Saya?? Oleh kerana, masa belajar main-main, saya dapat kerja pun company biasa-biasa je hihiii tapi.. saya OK. *senyum

Tahun berganti tahun, kami bertiga masih lagi berkawan. Walaupun, ada sukar untuk bertemu bersama seperti waktu belajar dahulu. Saya kira saya lebih rapat dengan A berbanding F kerana F ketika itu jauh di Perak sedangkan A dan saya bekerja di KL. Tambahan pula A dan F sudah pun berkeluarga, takkan nak kacau mereka dan keluarga mereka kan? Heheh Namun begitu, tak bermakna kami tak berhubung sesama sendiri tau!!

Tapi entah bagaimana, pada satu ketika saya berselisih faham dengan A. Puncanya A terasa saya seperti meminggirkan dia dari hidup saya. Berlakulah sedikit perbalahan (saya percaya perkara itu berlaku di fb) kerana masing-masing ingin menegakkan pendirian dan pendapat masing-masing. Saya menidakkan tuduhannya dan A pula berterusan membuat tuduhan terdapat saya. Sehinggakan A (saya percaya tanpa dia sedari) telah mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati ini. Ye, sangat pedih untuk saya kenang dan sehingga ke saat ini, air mata mesti bergenang *sedih… Pada F lah tempat saya mengadu kesedihan saya, menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap semua kata-kata dan tuduhan A ke atas saya. F hanya mampu memujuk saya bersabar… kerana kata F, A mungkin tidak sengaja meluahkan semua itu.

*bila amarah menguasai, tindakan melulu berlaku*

Akhirnya, saya nekad. Saya tidak ingin berhubungan lagi dengan A. Saya tak ingin bertemu dengan A. Saya tak ingin nak pandang wajah A. Saya tak ingin untuk menegur A. Semuanya saya tak ingin… dek kerana perasaan marah saya padanya.

Percaya atau tidak, perkara ini sebenarnya sudah berlanjutan hingga 5 tahun lamanya. Ye, sudah almost 5 tahun saya dan A tidak bertegur sapa. Pernah juga A mencuba untuk menegur saya (tidak secara direct… hanya membalas comment dalam fb dan respon terhadap kata-kata saya dalam whatsapp group)… but you know, once truly a friend, you will definitely understand what she tries to tell you – directly or indirect way, right???  Akan tetapi hanya dipandang sepi sahaja oleh saya. Terasa diri ini sangat kejam pula huhu. Dan F pula, tak putus-putus nasihatnya kepada saya agar memaafkan A…. kerana katanya A pasti tidak sedar dan tidak sengaja ketika itu. Lagipun, tidak rugi apa pun jika kita memaafkan seseorang.

There’s a quote says ‘Take it slowly and let the time heals everything’. Tapi saya kira 5 tahun itu sudah agak lama tempoh masa untuk sembuh. Lalu saya cuba untuk buka hati ini untuk move on dan terima A seperti sediakala. Dan pada hari ini pula merupakan hari lahir A. Mungkin inilah masa yang tepat untuk saya memulakan langkah perdamaian. Tapi saya takut… I just scared with the rejections. Huhuuu

Jauh di sudut hati, saya masih meletakkan harapan agar hubungan saya dengan A kembali pulih. Dan saya berharap agar A juga begitu.

A, awak mungkin tidak membaca blog saya. Malah tidak ambil tahu pun tentang blog saya. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya masih rindukan suasana kita bertiga (saya, awak dan F) bersama-sama. Lepak bersama, ketawa, makan, bergosip bersama-sama. Maka dengan rendah diri, saya ingin mohon maaf atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Mungkin benar, tanpa saya sedari, saya telah mengetepikan dan tidak mengendahkan awak. Saya tidak bersama awak di saat awak bergelumang dengan masalah yang besar. Saya tidak datang menghulurkan bantuan yang awak perlukan dari seorang kawan. Saya tidak ada ketika awak perlukan seseorang untuk mendengar kisah awak. Walhal sebelum ini, itulah yang kita selalu lakukan… sakit sama sakit, suka sama-sama suka. Saya bukanlah kawan yang baik kerana saya terlalu angkuh terlalu mengikut hati dan perasaan marah saya selama ini. So today is your birthday. All I want to do is to wish you Happy Birthday. Moga panjang umur, murah rezeki, dikuatkan iman, mendapat keberkatan, terus jadi wanita yang kuat untuk anak-anak dan keluarga, moga ceria walau apa jua keadaan. I wish that one day we can meet again and we can smile to each other… again… just.. like.. old.. time. And I pray, that one day will come… soon. Insya Allah. Happy Birthday Dear A.