Tuesday, December 13, 2022

Benci 11

 Tahniah!!! Mereka mmg dah berjaya! Tahniah! Semoga korg bahagia hingga ke anak cucu! Tahniah! Semoga terus menikmati nikmat berselingkuh korg! Tahniah! Akhirnya tiada batu penghalang utk korg bermadu asmara. Tahniah! Aku doakan korg dpt anak!

Benci!!!

Tuesday, November 15, 2022

Benci 8

 Wahai dunia,

Makin lama kau makin kejam. Aku benci kau!

Benci!!!!

Friday, July 1, 2022

Lepaskan

 Tuhan, lepaskanlah dia…
Biarkanlah dia terbang..
Kembangkanlah sayapnya..
Kerana aku terlalu sayangkan dia…

Friday, March 18, 2022

Jijik

Dia suami orang. Hidupnya bahagia bersama keluarga. Isteri yang cantik dan manis. Anak-anak yang sedang membesar riang. Keluarga sempurna. Kerjaya yang hebat, harta yang melimpah ruah... sang isteri senyum lebar dengan beg berjenama terselit di tangan.

Dan dia pula isteri orang. Bijaksana, bergaya, karisma, petah dan keletah. Punyai suami yang baik hati. Miliki anak-anak yang rupawan. Juga tampak sempurna.

Dia dan dia bermadu kasih. Bahagia bersama terbuai dengan perasaan tak bertepian. selepas melempiaskan rindu dendam, dia dan dia pulang ke pangkuan keluarga tersayang. 

Dia dan dia manusia biasa. Punya hati dan keinginan. Bila mana dia datang pada dia, apakah salah dia?
Maka, adakah itu suatu rezeki atau suatu kejijikan? Atau rezeki yang jijik?

~aku juga manusia biasa