Sunday, December 13, 2015

Trip To New Zealand : Land of the Long White Cloud (Day 1 : Melbourne Part 2)

Ok..let’s continue… JJ

So actually, our main mission in Melbourne is to berjejak kasih with my exofficemate,  Fahmi si artis Bollywood haha… Fahmi and I used to work together back in Malaysia until he decided to try his luck in Melbourne (eleh… drama sangat pada hal baru sebulan setengah yang lepas dia nih resign haha) Bila dia dapat tahu yang kami akan berada di Melbourne, amboi berjela-jela permintaannya….  Tapi tak apa..kawan punya pasal Lautan Hindi hakak redah!!! Jadi,  sementara menunggu Fahmi datang menjemput kami di Malaysian Hall, kita sambung tidur dulu hehe..

Selain tuh, I also prepare some tasks that we need to fulfil during our trip. It’s called SELFIE MISSION!!! Haha… nih semua gara-gara terbawak-bawak dengan task masa join CSI Amazing Hunt satu ketika dahulu. It’s a simple task actually, we just need to take selfie at the particular place of interest sepanjang journey kami. Mudahkan?? Dan tidak terkecualilah di  Melbourne. Senarai sudah ada… tinggal untuk disnap saja.. mudah-mudahan berjaya…  JJJ Jadi untuk di Melbourne nih, misi selfie kami adalah di tempat-tempat ini :
  1.       Malaysia Hall
  2.        Queen Victoria Market
  3.            Eureka Skydeck
  4.      Webb Bridge
Fahmi tiba agak lewat. Perjalanan ke Malaysia Hall dari tempat tinggalnya di Corio almost sejam…adoii jauh jugak ye.. sorry Fahmi sorry hee… Biarpun sejam jarak perjalanan, akak tau kamu sanggup redah hujan sejuk bagai disebabkan ini…

Makanan idaman orang di perantauan

Sambal Bilis Pedas Che Ani sudah maju ke peringkat antarabangsa.. wow!!!

Bagaikan ejen transpotter gamaknya kami, menghantar makanan idaman si Fahmi. As a return, Fahmi willing to bring us to ronda-ronda bandar Melbourne. Tamat sudah sessi jejak kasih,  waktu untuk berjalan-jalan… masa makin suntuk nih.. Bayang Rafi dan Jibby sudah tidak kelihatan,  tidur barangkali. OK, babai Rafi dan Jibby. Babai Malaysia Hall. Moga jumpa lagi dan jangan risau, kami takkan sesat lagi haha


Pose di hadapan Malaysia Hall

Another pose

Hujan turun rintik-rintik sepanjang perjalanan ke city centre. Sejuknya tuhan saja yang tahu.  Err.. untuk manusia yang penakut pada sejuk seperti sayalah. Kalau merujuk pada Fahmi,  rileks je  dia pakai baju Tshirt nipis berlengan pendek… ceh!! Pada ketika inilah,  baru kami dapat lihat keadaan sebenar bandar Melbourne. Penuh hiruk pikuk dengan ramai orang lalu lalang.. this is the real city means..  semuanya kejar masa.. tak kira hujan ke.. panas ke.. waktu kemuncak mahupun tidak…


Bergerak ke station train berdekatan

Tunggu train 

Oleh kerana waktu sudah berganjak ke pukul 2, Fahmi bercadang agar kami semua makan terlebih dahulu.Tapi, sempat juga merembat seketul dua souvenir di souvenir shop di tepi-tepi jalan hehe… Untuk lunch, kami dibawa ke Restoran Ayam Penyet purely from Indonesia… err don’t ask me where the location is… saya hanya menurut langkah si Fahmi. Dah laa jalan laju gile.. dia tak sedar barangkali yang hakak nih seekor panda mata lebam tak cukup tidur dan kurang exercise  dan suka makan ayam daging KFC… penat woi nak mengejar kamooo!!!! Nasib baik makanan di  restoran tuh sedap-sedap belaka. Atau mungkin kerana kami semua memang tengah lapar,  habis licin lah pinggan tuh… hehe


Muka gembira dapat beli souvenir

Late lunch

Muka happy dapat makan

Lapar

Three of us with our meal... nyum nyum

Sesudah makan, kami terus saja bergegas ke check point seterusnya. Queen Victoria Market. Bila ditanya bagaimana nak ke sana, Fahmi mencadangkan agar kami berjalan kaki… lebih dekat katanya. Okay, ikutkan saja sebab tempat orang kan… Tapi, dekatnya nak mampus!!! Rasanya ada jugak laa dalam setengah jam lebih berjalan… Eeiii… mulut nih dah macam si donkey dalam movie Shrek tuh…  are we there yet?...errr are we there yet? Kena lintas jalan… masuk lorong segala bagai…  tapi,  jika diperhatikan, rata-rata warga Melbourne lebih gemar berjalan kaki  dan menggunakan pengangkutan awam… termasuklah si Fahmi nih…. Katanya, warga Melbourne tak pandai bawa kereta. Jika di shopping mall, habis senget benget kereta-kereta parking.. malah, yang tak masuk kotak pun ada haha… kalau di Malaysia, habis laa kena calar kereta-kereta nih semua haha Sempat lagi saya bertembung dengan seorang wanita membawa stroller… Saya kira sudah pasti baby beliau sangat comel (sebab wanita tuh pun cantik…) but surprisingly, bukan bayi yang saya temui tapi kucing!!! Too bad, din manage to snap their picture since we all went to a different direction. How I wish my kitties boleh duduk diam-diam dalam stoller dan bawa pergi berjalan…  err mimpi je laa haha


Di University of Victoria

Biarpun hujan turun berdondang sayang, orang Melbourne rasa tak terkesan pun... err tak sejuk ke?

Setibanya kami di Queen Victoria Market, erm bukan pasarnye yang kami tuju dulu... ceh... Right before we reach the market, there’s one lane that full with nice graffiti view. Apalagas, sessi bergambar laa.... Aisyah is the one yang super excited.. ahaaa kat sini fungsi sebenar Aisyah dalam trip nih.. she just loooovveee taking pictures especially selfie. Hehe Saya? Suka jugak hehe but since dah ada orang yang sudi tangkapkan gambar... kita tumpang sekaki je laa kan heheh


Layankan saja kakak-kakak jakun nih

Angel 1

Angel 2

Angel 3




Waktu dah makin lewat. Mostly peniaga di Queen Victoria Market dah mula tutup kedai. Tapi sempat laa jugak beli barang skit souvenir dan buah-buah di situ... Tak lama mana pun kami kat market...


Tuk-tuk di Melbourne?

Tukang angkut barang hehe

Rambang mata nak pilih souvenir

Di depan Queen Victoria Market

 Ternyata masa memang tidak di pihak kami. Fahmi harus bergegas kembali ke Southern Cross Station untuk mengejar train pukul 6 dan kami pula perlu kembali ke airport untuk check in penerbangan seterusnya. Anyway, thanks a lot Fahmi sudi bergather-gather dengan kami. Kerja elok-elok kat  tempat orang. Ada rezeki jumpa lagi (macam nak datang sini lagi je kan hihi)

Sampai di airport, terus refresh and qadak hajat ape-ape yang patut and charging all the gadgets. Checked in around  8.30pm. Untuk ke Christchurch, kami menggunakan perkhidmatan Jetstar (again, thanks to Posh sebab dapatkan flight termurah *yay). So, tepat 11.45 malam flight JQ173 akan membawa kami ke negara berawan putih yang panjaangggg.... bedooo beeeddoooo beeedoooooo..... 


Checking in

Sabar menanti...





Misi di Melbourne :
  1.       Malaysia Hall (checked)
  2.       Queen Victoria Market (checked)
  3.       Eureka Skydeck (unchecked) 
  4.       Webb Bridge (unchecked)
Takpe, mungkin bukan rezeki kali ini. Mata di kala ini gagal untuk dibuka lagi... seharian berjalan memang sungguh memenatkan. Mahu mimpi yang indah-indah... selamat malam dan selamat tinggal Melbourne...ZZzzzzzzzzzzz

~tintaku menari
tersengguk-sengguk~

1 comment:

Anonymous said...

huhuhu.....letak gmbo busuk....adeh.....penat nk mengejar org jalan laju...tmbh lps mkn kenyang tu....x terdaya....hahahah.....k.aisyah mmg gile selfie....sekian....