Wednesday, January 27, 2016

Trip To New Zealand : Land of the Long White Cloud (NZ Day 3)

Hari ini awal-awal pagi lagi sudah bangun dengan jaya. Well, we learnt a lot from previous day… wake up early so that we don’t miss… err most of it. JJJ

Posh and Aishah packed our things into the car meanwhile me, myself packing all the leftover and make the nasi goreng for our lunch later. Tak laa kebuluran dalam perjalananan nanti hehe. The weather is in a good mood. The sun rises and shines brightly. Harap-harap tidak merajuk lagi matahari hari nih…

Our breakfast

We took several pictures and selfies around the hostel area before checking out. Ketika check out sempat lagi bertanya pada owner hostel tuh tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Bersungguh-sungguh dia bercerita dan memberi tunjuk arah ke tempat-tempat menarik yang ingin kami lawati. Tapi ke manakah kita? Jom!!!

At the backyard of our hostel

Penguin walk di pagi hari... only for a while coz I tak tahan nak gelak haha

With the owner. Nice person and very helpful :)

Dengan signboard hostel

Bergambar di sekitar town. Tak ada orang awal-awal pagi. Maka, tempat nih kami yang punya lah haha

One of the iconic thing in Bluff (if I'm not mistaken...), Balclutha Road Bridge over the Clutha River or Mata-ua

Balclutha – Bluff – Te Anau (9 November 2015)

Route for today

Jauh juga perjalanan kami hari ini. From Balclutha we’re heading to Bluff, the Southern Tip of South Island (err I think suke suki je kan…) and then we straight away to Te Anau. Basically our route for today been revised for so many times. In fact Bluff was not listed in our plan at all. Tapi since my bos suggested this place to me, why not??!! Tapi sebelum itu, ada satu tempat yang wajib kami pergi…..

Nugget Point Lighthouse


Inilah dia rumah api tersohor di NZ

Tadaaaaaa…. This is the place!! Rumah Api Nugget Point!!! One of the iconic places in South Island. Due to Mr Gugel, the lighthouse was first contructed on 1869… dan pada hari ini, rumah api ini masih lagi gah berdiri walaupun sudah berusia 146 tahun dan diselenggara sepenuhnya oleh Maritime New Zealand. Can you imagine that??!!

Tak jauh mana pun Nugget point dari hostel kami. Rasanya kurang 45 minit sudah sampai. Tapi berhati-hati ketika drive ke sana ok!!! Jalan menuju ke rumah api nih tidak bertar… agagagga But anyway,  we totally enjoy the scenic view along the way to the lighthouse. Sepanjang-panjang jalan nampak laut saja. Angin takyah sebut laaa… sejuknya, hanya orang takut sejuk seperti saya je yang tau hehe.

Kejap je dah nak sampai.... hehe

Singgah kejap ke pantai...

Over plak photog nih posing..

Model relax je kehkeh

Selfie di tepi pantai

Jalan berliku ke Nugget Point

Untuk ke Nugget Point Lighthouse kami perlu trekking sket… adalah dalam 15 minit sebab tak jauh mana pun dalam 900 meter sahaja. Tapi kena dengan group Tingtong-GALS-trip nih, 15 minit bawak ke 45 minit!!! Hahaha mana taknye dua tiga langkah bergambar… lima enam tapak bergambar lagi heheh But seriously, the scenery was awesome!!! Plus, the sun shines so bright today and Aisyah took a selfie like crazy haha

Get ready for trekking..

The map that will guide us to the lighthouse

Behind the scene... posing sebelum memulakan trekking

Inilah hasilnya hehee

Aisyah with her monkey jump pose... (as usual lah)

Tangkap.. jangan tak tangkap gambar..

The Beach



See... it's hard for three of us to smile nicely at a time....

Almost there... almost there...

And off course, we spend quite a long time here. Orang kata balas dendam. Yesterday we got nothing. So today, we will make sure we get everthing!!!  Segala macam aksi kami buat… cute pose.. jump like monkey pose… even workout pose pun ada haha… Tak pasti berapa banyak group tourist yang melepasi kami… yang pasti, kami tetap tidak berganjak kat Nugget Point nih hihi… The only reason we moved back to car park is when I really really really need to pee hahahahha

The lighthouse

The nuggets

Travel tidak menghalang dari melakukan workout..

Saya berjaya membuat plank selama 3 saat di Nugget Point.. muahahha

Ok. Tired already.. Diri je lah...

Bertiga pulak.

Group workout.

Stretching legs

And this is not a push up pose hehehe

Err... tension member? or expansion joint??

tunnel

Saya hampir ternoda!!!

Oleh kerana dah tak tahan sangat-sangat.. saya bergegas ke toilet yang berdekatan dengan parking area di situ. Wow!!! Toilet di situ sangat mesra alam!! Segala produk penyahtinjaan akan jatuh terus ke atas tanah menjadi sumber baja asli buat alam sekitar!! Seriously tau!!! Dalam kelam kabut nak buka seluar sempat lagi saya menjeling ke lubang tandas. Nasib baik tak nampak benda-benda yang boleh menghilangkan selera nak membuang air… tapi kalau ternampak sekalipun, saya buat-buat tak nampak je laa… tak tahan sangat dah nih hahaha Selesai saja berurusan dengan alam, saya bersiap-siap lah.. molek saja selesai memakai seluar, tiba-tiba pintu toilet terbuka… AAaaaaaAAAAaaaAAAa!!!! Ada pulak mat saleh nih nak guna toilet… Baik saya mahupun dia dua-dua terkejut!!! Nasib baik dah pakai seluar. Seingat-ingat saya, I’ve already locked the door once I enter the toilet… huhu so, moral of the story, please please and please double check the door supaya tidak hampir ternoda seperti saya huhu

Bergegas keluar, masuk kereta… suruh Posh lekas-lekas gerak. Yang tak boleh blah nye, none of them realize what had happened to me just now. What???!!! I jerit tau!!! Takkan tak dengar??!!

Lokasi kejadian

So we continue our journey to Bluff. My mood is a bit off because of the incident. Plus, hari mula mendung pula. Haih, you cannot predict the weather in NZ. Bila nampak matahari keluar memancar, jangan nak ngada-ngada menari haka kegembiraan cause you’ll never know what’s gonna happen next. In just a blink of your eyes, awan pula start menangis. Haru betul!!

Tyre plate sebagai hiasan pagar. Unique!!!

At picnic area.

Nugget Point picnic area.

Untuk ke Bluff, we decided not to use the scenic route. Konon-konon dah puas tengok laut laa hehe So we will passing through Gore, a small little town that surrounded with the farm communities. Memang pun… Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan padang-padang rumput yang luas terbentang.

Jentolak mahu pergi kerja hehe

Posh bergambar dengan pokok pagar-pagar... (tak tau nama pokok.. so hentam je nama hehe)

Posing tengah jalan

Give way please..

Molek je lepas snap gambar nih ada kenderaan datang... bertempiaran semua lari masuk kereta haha

Bluff

Ok, dalam sejam lebih kami tiba di Bluff, tempat yang sedari awalnya hanya dipandang sekadar di pinggiran sahaja. Seriously. I didn’t study much about this place at all. All I know is we can get a fresh and delicious oyster in Bluff. Itu pun kalau during season lah. Unfortunately, kami datang ketika off season huhu. Jadi, ke mana kah kita nih?

Bluff merupakan kawasan pelabuhan dan perindustrian di South Island nih. Sebab tuh setibanya kami di Bluff, ada banyak kilang-kilang di tepi-tepi jalan. Dan kilang-kilang  ini semua besaaaarrr belaka. I’m so excited to see those factories especially the chimneys as I used to work in a factory and used to design a chimney quite a while ago. Errr… rasa-rasa ada vacancy tak kat kilang-kilang nih? Heheh

Bertembung dengan keretapi Kiwi Rail. 

Chimney!!!

Matu Pohue/ Bluff Hill

Jadi, dengan konsep aci dan redah, bergeraklah kami di pekan Bluff nih. Sedang sibuk meng’google’ tempat menarik di sini, ternampak pula sign board menuju ke Bluff Hill. Macam menarik. Jom. I felt quite creepy along the way to the top of Bluff Hill. Mana tak nye, jalan mencanak dan mendongak dan satu lane sahaja. Berkali-kali juga laaa… minta Posh berpatah balik… seram!!! Tapi, berkat kedegilan Posh, berbaloi-baloi juga kami tiba di tempat nih… Bluff Hill aka Motu Pohue is absolutely gives a stunning view of Bluff. Wind of sea blows hardly once we reach here. Sila bayangkan saya berlari terketar-ketar (yes… terketar-ketar) menaiki observation platform…. Haih.. kalau naik Everest camne laa gamaknye saya nih adeh deh deh… Dalam sejuk-sejuk, sempat pula Si Aisyah nih ambil video. The funny thing is, she cannot open the video once we’re back to our car. So, we climb to the observation deck AGAIN just to take a video for the second time… haru betul!!! (actually, I also took a video jugak masa tuh hahah). Tak lama pun di atas sana. Tak tahan sejuk!!

Finally... we are at Bluff Hill

Welcome to Bluff Hill

Stunning view from the top

Cold!! 

I'm at the top of Bluff!!

Bagai di awangan


Meh nak tunjuk betapa sejuknya kitorang kat atas deck nih
(Video : ehsan dari Aisyah)


Jom turun..

Stirling Point.

This is one of the attraction that I found in tripadvisor. Saya agak excited sebab sebelum nih pernah ke tempat yang almost similar to this ketika CSI Amazing Hunt di Taman Negara Tanjung Piai. Berkobar-kobar mencari lokasi. Nasib baik mudah ditemui hehe. Selain itu, ada juga chain sculpture berdekatan dengan Stirling Point nih. According to Wikipedia, this sculpture is the symbol that the Stewart Island been chained to South Island. (Note : Stewart Island adalah pulau yang berdekatan dengan Bluff). And the other end of the chain is at the Rakiura National Park located in Stewart Island itself. Jika berminat, boleh saja ke Stewart Island menggunakan kemudahan ferry di Bluff nih. Sayangnya, kami tak tau ketika itu dan masa pun tak mencukupi.

Pose 1

Pose 2

Pose 3

Pose bertiga

This is the chain sculpture that I mention above. (source : tripadvisor)

The other end of chain sculpture at Stewart Island (source : Google)

Tak larat nak tarik, jadi kita baring kat chain nih hehe

Grow little flowers... bring the happiness to the world :):):)

Biarpun matahari memancar terik, percayalah angin yang bertiup tuh sejuuukkk...

Shhhh.... jangan kacau... burung sedang bermain di taman hihi

Jom kita jadi mamarazzi

Okay birdie.. lets flyyyyyyyy....

Setelah pulun bergambar di situ, makan bekal nasi goreng sambil melayan angin laut sepoi-sepoi bahasa… bergeraklah kami ke destinasi penginapan malam ini… Te Anau… Mu tunggu aku datang haha

Di monumen kapal Bluff

In front of shipping company... Err looking for a job anyone??

Note : Kami stay di Bob & Maxine Backpackers, Te Anau… Sampai sana dah malam. Plus sangat penat. Tak sempat amik gambar ape pun… mandi.. makan maggi cup.. tido… nZZzzzzzzz…..

Selfie task :-
  1. Nugget Point Lighthouse – checked checked and checked!!!! Puas hati haha
  2. Bluff Hill – checked (tiba-tiba ada dalam list)
  3. Stirling Point – checked

Yay!!!

~tintaku menari kaku...
katanya, mata pena membeku~