Thursday, April 9, 2009

Meniti M.A.U.T

‘aku merempuh hujan peluru…
Di padang yang berlopak darah…'


Ahaaaaa…. Bunyinye saja dah buat orang tertarik (sayalah orang itu… heee) Sebuah novel aksi hasil karya penulis Eyman Hykal…

Sebetulnya, hari minggu yang lalu saya melewati kedai MPH di Alamanda bersama-sama dengan sahabat saya Aini dan anak-anak saudaranya. Kebetulan anak saudara Aini nih mahu sangat ke MPH, jadi saya pun turut sama membelek buku sambil2 melayan minat si kecil ini.

Justeru itu, buku Meniti Maut ini telah menarik minat saya (lebih2 lagi saya juga peminat kisah thrill). Dan tanpa berfikir panjang, buku ini terus saja bertukar hak milik.

Kisah sebenar….

Meniti Maut ini mengisahkan seorang anak muda, Fariz yang memulakan tugas sebagai seorang agen BISIK (ala2 CIA laaa). Berdepan dengan situasi merbahaya yang melibatkan senjata api.. aksi bergasak.. dan yang seumpama dengannya… hmm bagi peminat filem2 aksi, novel ini pasti tidak jemu untuk anda semua membacanya… ahaaaaaa…..

Tugas sebenar bermula apabila Ketua Fariz, Tuan Aziz mengarahkannya menjadi pemandu kepada Tan Sri Daud, seorang majikan yang baik hati tetapi mempunyai anak yang cukup cengih, Faryna. Dan kemudian muncul pula watak-watak lain seperti Bruce, Tobias, Khaleed dan adiknya Khalid.

Novel yang memaparkan perihal isu semasa iaitu pergolakan ekonomi dunia dan peperangan ini pada saya cukup menarik. Kehadiran golongan economic hitman (EHM) dan jackal bagi merencanakan satu jajahan bentuk baru bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia serta kaitan dengan perjuangan Islamiah sedunia secara tidak langsung pada saya telah membuka mata pembaca untuk melihat situasi dunia ini pada gambaran yang lebih meluas. Apapun, keseluruhannya saya boleh katakana yang novel Meniti Maut ini adalah HEBAT.

Tahniah buat penulis, Eyman Hykal dan bertambahlah seorang lagi penulis novel thrill di persada penulisan Malaysia ini.

Bagi yang belum membaca novel ini, korang mesti nak tahu apa yang terjadi pada Fariz. Dan apa kaitannya Bruce, Tobias, Khaleed dan adiknya dalam pergolakan Globest Corporation yang dimiliki oleh Tan Sri Daud. Nasihat saya… BELI JANGAN TAK BELI!!!

hmm… bagaimana rupanya, jika Meniti Maut ini dilayarperakkan???


~~tintaku menari…
kerana tintanya menari sama….~~

3 comments:

NedLi Sakurai said...

best ke ona? pinjam.. (^^i)

dropmental said...

best laa kena ngan selera aku heee

boleh je nak pinjam... meh datang sini meh...

eyman hykal said...

Saudari, Terima kasih kerana sudi menatap MENITI MAUT. Mudah-mudahan tersentuh dengan apa yang ada di sebalik kisah itu. Singgah-singgahlah ke laman saya. Saya sudah pautkan blog saudari di http://meniti-maut.blogspot.com