Monday, August 24, 2009

Ramadhan Tiba...

Hmmm... diam tak diam, kita sudah berada pada minggu ke-3 bulan Ramadhan... ini bermakna ada lebih kurang 10 hari saja lagi untuk kita menjalani ibadah Rukun Islam yang ke-3 ini sebelum menjelangnya bulan Syawal.... RAYA!!!! Namun saya kira, masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat berpuasa, selamat berbuka, berterawikh, mengejar lailatulqadar dan seterusnya selamat menyambut hari raya. Dan... rasa-rasanya masih ada waktu lagi untuk kita mengadakan majlis berbuka puasa puasa bersama-sama. Jadi... siapa nak belanja saya buka puasa nih??? heeee

Jika dikenang-kenangkan semula, banyak peristiwa yang berlaku pada diri sepanjang tempoh berpuasa hingga kini.. mengejutkan, menyedihkan, menggembirakan dan mengesalkan... ceh.. ada ke perkataan 'mengesalkan'???

Kehilangan

Seminggu sebelum berpuasa saya telah kehilangan seorang teman rumah. Nad namanya.. sebenar-benarnya kami se-ofis malah satu department... Si Nad nih masuk ke rumah saya setelah hampir lebih 6 bulan bekerja. Kebetulan rumah saya ada kekosongan dan Nad pula tinggal keseorangan di rumah sewanya... umpama orang haus dihulurkan air.. kami serumah menerima Nad dengan pintu yang terbuka luas... heeee Tapi sayangnye.. baru saja sebulan menetap bersama kami, Nad telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Kerajaan.... siapa yang tak mahu kan?? hmm sedih??? mesti laa sedih... sebab saya merasakan... saya agak rapat dengan Nad kerana... kami mempunyai minat yang sama iaitu fotografi dan... MAKAN!!!! apa-apa pun saya mendoakan agar Nad gembira dengan kerjaya dan hidup barunya sekarang... ada masa boleh lepak-lepak okay??!!

Dan keduanya, sekali lagi saya kehilangan teman.... serumah. Ya!!! kali ini saya terkejut... serius... Nor Liyana namanya. Seorang yang kecil molek, lemah lembut... dan sangat lemah!!! Yes, lemah... tapi bukan lemah apa.. dia nih kelihatan lemah tak bermaya kerana Yana nih sakit... sakit ape saya tidak pasti tetapi Yana nih sentiasa kelihatan pucat dan keletihan. Pernah satu ketika saya memarahinya kerana amalannya yang pada pandangan mata saya kurang sihat sehinggakan dia terpaksa duduk memerap di dalam surau pejabat. (Oh ya.. saya lupa nak beritahu yang Yana juga sepejabat dengan saya....) Akhirnya, Yana hanya dapat bekerja dan menetap di rumah saya dalam lebih kurang dalam sebulan juga... hmm mungkin kerana masalah kesihatannya dan mungkin juga kerana tekanan kerja... hmmm.... dan seminggu selepas berpuasa saya dikejutkan dengan berita kematian Yana... khabarnya sakit jantung... sung...guh... me.. nge...jut..kan!!!Masih lagi terkenang saat saya memarahinya... masih lagi terdengar-dengar suara Yana menyanyi di bilik belakang... Moga-moga Yana tergolong di kalangan mereka yang beriman... Al-Fatihah.

Keraian

Haaa... pada bulan kali ini jugalah kita meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-52. Cabaran sungguh sambut Hari Merdeka pada bulan puasa nih... tapi sesungguhnya rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh meriah... Ketika Merdeka Eve ini saya berada di rumah baru seorang teman, Azuwa di Sri Petaling. Mahu saya masakkan char kuew tiow katanya. Yang menariknya, rumah barunya itu betul-betul mengadap Genting Highland. Jai, pada waktu malam kami dapat melihat satu panorama yang cukup menarik. Lampu-lampu sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan juga sinaran lampu dari Genting Highland umpama kota tergantung Babylon gamaknya. Sayang sekali, saya tidak membawa kamera pada ketika ini. Apa pun, Selamat Hari Merdeka Malaysia.... :):):)

Dan hujung minggu baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar TIGS... wow!!! Perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Yelah, saya meninggalkan TIGS pun tatkala tingkatan 4 kerana pergi ke asrama, jadi, sudah pasti saya akan gagal mengingati wajah hatta nama rakan-rakan yang masih lagi setia di sana dulu. Namun, Alhamdulillah mereka menyambut semua bekas warga TIGS dengan riang gembiranya tanpa mengira batch sebagainya. Thank you kawan-kawan. :):):):)




~bila tinta menari...

tarinya... molek sekali :):):)~

No comments: