Tuhan itu maha adil.....
u have to agree with this phrase.... PLEASE!!!
Tuhan jadikan pokok untuk pelbagai kegunaan. rimbunnya untuk menadah hujan... melindungi panahan matahari. Batang pohonnya dijadikan bahan bakar... diproses menjadi kertas etc... itu baru pokok.. POKOK. Jika pokok patah... ada saja pokok lain yang tumbuh. menyambungkan semula kehidupan. melengkapi setiap proses menyempurnakan perkitaran alam.
dan saya percaya manusia juga begitu. kitarannya cukup unik. lahirnya dengan satu tangisan (gembira). membesar sebagai kanak-kanak dan remaja dengan riangnya. menjangkau dewasa langsung mendirikan keluarga. kemudian tua. dan mati (dengan diringi tangisan.... sedih). dan saya cukup tegar dengan kitaran itu. kerana saya sangat pasti yang saya akan melaluinya malah saya mmg sedang melaluinya. dan sekali lagi, Tuhan itu maha adil. kitaran yang berlaku pada si manusia ini tiada bezanya dengan si pokok.
pokok mati...
pokok hidup...
orang mati...
orang hidup...
dan pada hari ini... saya menerima adik sepupu baru. perempuan. pada hari ini juga saya kehilangan atuk tercinta.
bagaimana harus saya menangis???
Monday, November 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment