Tuesday, November 10, 2009

Sakitkah Saya??





8.10 pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi…
Pagi ini saya terasa agak segar. Setelah semalaman tidur dengan nyenyaknya. Kenapa saya tidur dengan nyenyak? Macam tak selalu tidur nyenyak je gamaknya.. Sebenarnya, semalam saya mengalami sakit kepala yang agak kronik. Sebabnya? Hee jangan ditanya sebab dan kenapa kerana saya sendiri tidak tahu. Yang pasti sakit kepala saya semalam telah mengganggu kerja… mood… jiwa…

Jiwa.

Bila jiwa kita dikatakan sakit, tergerak diri saya untuk meneliti maksud sebenar ‘sakit jiwa’ ini. Ape yang dikatakan sakit jiwa ini? Kenapa kita boleh mengalami sakit jiwa? Apa symptom sakit jiwa? Hmm…

************************************************************************************



Dan ini, yang saya temui ketika melayari web di internet :

APA DIA PENYAKIT JIWA?

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.
Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.
Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-
1. Sebab-sebab fizikal: Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
2. Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

1. Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

2. Penyakit kepiluan (Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).

Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

3. Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Dan menurut Amar Mahmood (EFT Practitioner) :

Di taman tempat saya tinggal terdapat 2 orang pesakit “mental” yang kerap merayau-rayau untuk mencari makanan. Kedua-dua pesakit tersebut memang tinggal berhampiran kawasan perumahan tersebut. Saya pernah mendapat tahu yang seorang dari pesakit tersebut mula mengalami masalah mental selepas ditinggalkan oleh suaminya. Manakala seorang lagi akibat tekanan kehidupan selepas ditinggalkan oleh anaknya.

**********************************************************************************


Dan kita lihat perkaitan dengan diri saya….
(Waktu kini)

Saya mengalami perubahan emosi (mood swing) yang tidak menentu. Seringkali marah atau berkecil hati atau terasa hati atau merajuk atas sebab yang kurang relevan/munasabah dan remeh. Saya hidup merantau dan berjauhan dengan dengan keluarga. Dan KINI, saya sedang melalui satu fasa yang mana saya kehilangan teman-teman seorang demi seorang atas factor-faktor yang lumrah… berkahwin, mengejar kerjaya impian, dan sebagainya. Jadi, adakah saya sakit jiwa?

Rindu
Hidup yang sekian lama merantau di tanah orang membuatkan saya tegal biasa dengan keadaan berjauhan dengan keluarga. Walaupun masih dalam negara yang sama, sesi pertemuan dengan keluarga amatlah kurang. Mungkin lebih jelas saya boleh katakana ruang waktu yang terbatas tidak mengizinkan saya dan ahli keluarga yang lain berkumpul bersama-sama. Dan ya, SAYA RINDUKAN KELUARGA SAYA.

Saya suka hidup berkawan-kawan. Memang selama ini saya tinggal bersama kawan-kawan. Namun apabila kawan-kawan mula meninggalkan kita… yelah… sebahagian besar sudah berkahwin, dan majoriti panggilan kerja lebih diutamakan.. dan ini yang membuatkan hidup saya semakin sendiri. Terlalu mudah berubah perasaan atau mood swing yang secara tidak langsung mengganggu hubungan saya dengan teman-teman sekeliling terutamanya teman sekerja. Saya semakin sendiri. Dan kesekian kalinya saya berkata ya, SAYA RINDUKAN TEMAN-TEMAN SAYA.

Malah, percaya atau tidak, masalah psikosis kadang kala mengganggu saya… bila amarah menerjah ke jiwa, saya ingin sekali membunuh sesorang…ketika menyesali sesuatu, saya ingin membunuh diri, seringkali berbual sendirian, menangis sendirian… kerana ketika itu, hanya cara tersebut sahaja yang dapat meredakan kegelisahan saya. Tapi, apabila meneliti seluruh artikel Amar Mahmood, punca utama saya ialah saya terasa kehilangan. Hmm yes kehilangan… hilang keluarga dan hilang teman. Mereka ada tapi tiada. Dekat tapi jauh.

Tapi saya kira saya masih normal. Saya makan. (makan itu penting). Saya keluar.. shopping, lepak di kopitiam, kedai buku… buat aktiviti sukan.. berenang, berlari… tapi jiwa saya sakit.. saya rasa sendiri.. kosong…

Sakitkah saya???

~tintaku...
seperti tidak mahu menari~

No comments: