Wednesday, December 8, 2010

Tangled!!!! Jom simpan rambut yang sihat dan panjang… hehe

2 days ago, as I went to Jusco Bukit Raja to duplicate my house keys… Miss Boss rang me up….


Boss : Kat mana?
Me : Jusco
Boss : Datang cinema skang..
Me : Pesal?
Boss : Kita tgk wayang…

Hoho… pendek dan tepat segala arahan dan objektif perbualan kami kali nih. Its like ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, I straight away headed myself to the cinema… Oh Miss Boss!!! U’re the maaaannnn… tapi kan, cerite ape ek?? Hehe


Wah!! Cerita Tangled!!! Saya kembali ke zaman kanak-kanak!! Tiba saja di panggung, Miss Boss sudah sedia menanti. Rupanya dia telah pun beli siap-siap tiket wayang. Huh? Cam tau2 je saya berada di kawasan Jusco. Bila dirisik2 tahu atau tidak lokasi saya, jawapannya “aku tak tau ko kat mana… tapi aku tau ko mesti datang nye”… cet…

Jadi menontonlah kami cerita Tangled nih. Ceritanya suuuuuunnnngggguuuuuuuhhhhh menghiburkan… yeaaaaaaaahhh!!!! Tak putus ketawa saya. Kisah tentang sang puteri berambut panjang, Sang Repunzel. Dek kerana mahukan kecantikan sepanjang hayat, Sang Mother Gothel sanggup menculik Sang Repunzel sewaktu bayi dari ibu bapanya Sang Raja dan Sang Ratu dan disorokkan di sebuah menara yang sangat comel. Jadi, menetaplah Sang Repunzel di menara tersebut tanpa sebarang kebenaran untuk keluar melihat dunia. Kemudian, datang laa Sang Flynn Rider, seorang pencuri makhkota puteri ke manara tersebut. Niat asalnya hanya untuk berlindung dan menyembunyikan diri dari Maximus, Sang Kuda yang tak putus asa memburu mamat nih. Tetapi secara tak sengaja telah ditawan oleh Sang Repunzel. Dari situ laa, perjanjian telah dibuat dan bermulanya perjalanan nekad Sang Repunzel untuk melihat tanglung2 yang terbang di angkasa setiap hari kelahirannya dengan bantuan Sang Flynn Rider.


Keseluruhannya, cerita ini sangat menyeronokkan. Sang Repunzel sungguh panjaaannng rambutnya hehe… Sang Flynn Rider pula… henseeemmm… tapi sengal jugak perangai dia… Siapa sangka pemilik suara Sang Flynn nih ialah Zachary Levi, yang berlakon dalam cerita Chuck. Yes, mamat yang nampak cam bodoh2 tapi brilliant itulah dia. No wonder Sang Flynn Rider berperangai cam tuh ahaks. Sang Maximus, Kuda Diraja ini pula tidak jemu2 menjejaki Sang Flynn Rider. Ekspresi Sang Maximus sungguh membuat kita tidak kering gusi walaupun kita tahu yang sebenarnya dia serius menjalankan tugasnya… hoho Anda wajib tengok aksi Sang Maximus ini.

Jadi, saya sisipkan vclip watak kegemaran saya hehe... enjoy yee



Sang Repunzel



Sang Penculik, Mother Gothel

Maximus, Sang Kuda


Hero sengal, Sang Flynn Rider

Tapi kan, ada suatu kejutan kerana seorang sahabat mengatakan Sang Flyn ini seperti iras dengan....


Sang Zed Zaidi
Huh?? Ada iras ke??
(Zed Zaidi sila jawab... hehe)

~tintaku terkinja-kinja
mengelak rambut dari terkena dakwat!!~

Thursday, November 25, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows : Magik dan Mimpi

Semalam pergi menonton cerita Harry Potter bersama teman-teman. Hmm Harry Potter, memang filem ini sangatlah dinanti-nantikan ketibaannya. Bersyukur sangat kerana saya dapat juga melapangkan masa untuk menontonnya.



Seperti biasalah, kisah kali ini tak lain tak bukan berkenaan 3 sekawan nih Harry, Hermione dan Ron dalam peperangan mereka dengan You~know~who. (Erk.. rasa-rasa kalo sebut nama Voldermort, dia akan datang kat kita tak? Hee) Kisah kali ini lebih menggambarkan zaman kegelapan dunia persihiran tatkala kebangkitan You~know~who bersama labu-labunya dan juga kematian tokoh ilmuan sihir Profesor Dumbledore. Jadi, Harry dan kawan-kawan telah menerima barang yang diwasiatkan untuk mereka oleh Profesor Dumbledore. Dan mereka pun meneruskan pencarian mereka untuk menghapuskan hocruxe2 You~know~who itu….

Chewah!!!! Macam best je saya memberi synopsis kisah Harry Potter nih. Mungkin ramai yang tidak hairan kerana majoriti kamu di luar sana telah membaca buku cerita ini. Dan menonton filem ini pada saya lebih kepada bonus bagi novel tersebut dan juga untuk melihat sejauh mana hebatnya interpretasi imaginasi manusia terhadap novel kegemaran dunia ini pada halwa mata kita. Hmm.. saya merasakan filem kali ini dikupas agak detail, mungkin kerana itu juga kisah kali ini dibahagi kepada 2 bahagian.

Apa-apa pun saya sangat admire pada beg serba guna kepunyaan Hermione. Si Manis yang bijak bistari itu telah membuat persediaan yang lebih awal dan agak rapi jika hendak dibandingkan dengan 2 orang si bujang Harry dan Ron. Ya lah, apa yang kamu semua nak harapkan.. dah namanya anak lelaki teruna… memang macam tuh lah perangainya hehe… Beg Si Hermione tuh biar pun nampak kecil, tetapi sarat dengan pelbagai keperluan… cuba sebut apa saja.. khemah? Ada.. baju? Ada.. buku? Ada.. pinggan mangkuk? Ada… cukup segala keperluan untuk membolehkan mereka bertiga hidup dalam pelarian… hoho terima kasih kepada guru-guru Sekolah Berasrama Penuh Hogwarts kerana telah mengajar budak-budak ini…. Magik untuk memudahkan kehidupan!!! Hebat!!!!

 saya nak beg itu....

3 jam berlalu, saya tetap terkebil-kebil mengadap skrin besar pawagam. Terasa seronok sekali sekala berada dalam dunia sihir nih… apatah lagi sebab admire gile ngan beg Hermione tuh.. Kalaulah Jusco ada buat sale beg tuh…. Hehe

Dan oleh kerana terlalu sukakan beg itulah… tidur saya tetap juga bertemankan kisah Harry Potter. Walaupun tidak keseluruhannya, tetapi dia tetap menjengah mainan tidur saya. Sementelahan saya sedang sibuk mengemas2 barang untuk berpindah ke rumah baru pada hujung minggu, penyelanggaraan barang2 adalah masalah utama. Dalam mimpi saya, saya telah memasukkan dapur ke dalam tas tangan saya!!! Woooohooo!!! Masalah selesai!!!! Tapiiii… mimpi jek.. erk??!!

Pendek kata, pergilah menonton cerita Harry Potter nih… Seronoooookkkk…. Haha ;););)

~tintaku menulis,
zam zam ala kazaaaammmm~

Friday, November 12, 2010

Gian.

Salam buat semua. Sebulan lebih rasanya tidak menulis mahupun meluahkan isi hati. Bukannya mogok atau apa.. tapi dalam tempoh sebulan lebih itulah, macam2 perkara telah berlaku pada diri saya (buruk mahupun baik, duka dan gembira… itu tak termasuk saya pergi menonton wayang setiap minggu dengan teman2 yang dipaksa rela menonton bersama hehe dan insya allah akan saya cuba me’review’ cerita2 tersebut ye…)

6hb November yang lepas genaplah 5 bulan saya keseorangan tanpa yang tercinta baby buchuk saya. Dan kesekian 5 bulan inilah, saya seumpama sehelai sepinggan berjalan tanpa perasaan melihat setiap ekspresi hidup ini tanpa rasa seronok sama sekali. Sob..sob.. Tetapi pada hari ini, sekadar ingin melepaskan gian dan terima kasih kepada Encik tuan FE-4010 kerana sudi membenarkan saya berdating dengan baby nya sementara dia pergi melunaskan kewajipannya pada hari Jumaat yang penuh barakah ini hehe… Jasamu dikenang Dill :):):)

Jadi, inilah hasil temu janji saya dengan baby si Dill hehe (cam hapahapa je bunyi nye…)
 
cornflakes for breakfast.

And yep, i really need a big shot of caffein during lunch this time. Stress!!
 
Tangan yang bekerja lebih baik dari tak bekerja langsung heh
Ikhsan tangan : Encik Dill

 

Pak Abu yang sentiasa membantu tatkala saya kekeringan :)















Terasa sungguh lama tangan saya tidak memetik butang capture. Sudah menggigil gamaknya kerana tak selalu berlatih maka kualiti pun kurang menarik. Saya masih meletakkan 'The One' sebagai keutamaan saya dalam pengurusan kewangan saya. Akan tetapi ternyata jodoh kami masih belum sampai. Aduhai hati, pujuklah perasaan ye... Tapi ye lah, setidak-tidaknya untuk kali ini, saya masih mampu tersenyum kembali melihat semua ini. Mungkin juga saya boleh sisipkan kenangan saya dahulu :):):)

Bengong hehe

~tintaku... mula mahu menari kembali
doakan....~

Wednesday, September 15, 2010

It's Your Birthday!!!!

Selamat Hari Lahir
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayang...
(hihi)

~Tintaku menari...
sambil menyanyi... girang~

Sunday, August 29, 2010

Khas Buat Pojan....

Pagi ini saya seakan tersedar dari tidur yang panjang. Ternyata sudah lama saya tidak mengendahkan teman saya yang seorang ini. Huhu maafkan saya sahabatku.

Sebenarnya, saya masih berhutang dengan seorang sahabat saya, Pojan aka Kuizikel untuk memaparkan hasil album kenduri makcik saya, Umi. Rasanya hampir setahun yang lepas kenduri Umi berlangsung. Huhu sorry sorry dan sorry tak terhingga buat semua terutama Pojan.... :(:(:( Jadi, ini laaa hasil yang selama ini saya peram. Tapi kan Pojan, mintak maaf lagi sebab kualiti gambar tak seelok gambar yang diambil pakai Nikon D40 ye... Harap maklum.

Ini ketika saya menerima bungkusan dari Incik Tukang Cetak (Photobook)

Dan ini pula hasil-hasil dari proses editting yang saya buat sendiri... Hmm, takde laa lawa sangat tapi still rasa puas hati laa juga... Saya buat sendiri kan.. hehe

Majlis Akad Nikah

Doa buat sang isteri. Dan sendukan pertama setelah bergelar suami isteri ecececceceh

 Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tapi kan, yang paling penting ialah.....

Haaaaaaaaaaaaa...... seperti yang dijanjikan... saya letaklah muka tukang yang ambil gambar ketika majlis berlangsung.... "Pojaaaaaannnn!!!! Ko nampak tak muka ko tuh??!!! hehe"

OK. Dengan itu, secara rasminya, saya sudah tiada hutang dengan sahabat terchenta saya ini... erk, saya rasa... heheh kalau ada lagi habaq mai awai-awai ye pojan... lagi kurang 2 minggu lagi nih nak raya hehe

Komentar peribadi terhadap album.

Overall, album nih OK. Seperti yang saya bayangkan laaa... Cuma dia tidaklah seperti custom album seperti mana2 wedding photographer buat untuk sang pengantin mengikut package yang telah diminta. Lagipun, album ini merupakan projek editting pertama saya. Tak adalah sehebat mana. Kertasnya nipis sahaja tapi berkualiti. Warna gambar-gambar pun tidaklah lari seperti ada sesetengah printing company yang tidak dapat mencetak mengikut warna yang ditetapkan oleh pelanggannya. Tapi apa2 pun, saya perlu perbaiki skill meng'edit' saya. Hmm... ibu ada meminta agar saya membuat album yang sama untuk kenduri sang adik tapi maaf ye bu, bukan sekarang. Hidup sedang terumbang ambing. (Ya Allah mohon tenangkan gelombang emosi ini... Amiinn)

Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba bentuk album seperti ini, boleh melayari website photobook sendiri. Tapi rasanya, ramai yang dah tau kan :):):)

(Saya menaip kali ini sambil ditemani oleh suara Maher Zain, ini pun salah Pojan jugak... ahaksss)

~bila tintaku menari...
terasa penat... sebab berpuasa hehe~

Tuesday, August 24, 2010

Gila.

Hari ke-14. saya dapat lihat bulan penuh di malam hari. Bulatnya bulan sama bulat dengan matahari yang tegak di atas kepala pada tengah hari. Panas.

Hari ke-14 ini juga saya mengalami seribu satu macam perasaan, perkara, masalah, iktibar dan dugaan. Mungkin Tuhan mahu menguji. Itu pujuk sang hati. Mungkin. Tapi saya sedar segala kealpaan itu datangnya dari saya… maka ujian yang menimpa hanya sekadar sebagai cerita pelengkap malah juga sebagai penyedar untuk saya yang semakin hanyut ini.

Kisah sebenar.

Dia gadis yang cantik. Bibir merah delima. Kulit putih mulus. Pendek kata, sesiapa jua yang melihat akan tertarik. Dia baru saja dilantik sebagai salah seorang pengarah di dalam sebuah syarikat kewangan. Dengan gaji yang cukup membanggakan dia berkeinginan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan jawatan yang dimilikinya. Malah khabarnya, sudah berura-ura untuk membeli rumah sekali. Namun sayang, perlantikannya tidak disenangi oleh teman-teman sepejabat. Lalu dia dituduh cuba menggoda ketua pengarah syarikatnya. Begitu juga dengan teman serumahnya. Tapi dia sedikit pun tidak mengendahkan segala kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Pada gadis itu, itu adalah rezeki yang datang bergolek, peluang yang terbentang di hadapannya. Maka, pedulikan dengan cercaan mereka yang tidak berkenaan kerana mereka hanya cemburu dengan kedudukannya sekarang. ~katanya.

Sayang sekali. Semua di atas hanya berlaku dalam minda gadis itu. Bukan reality sama sekali.

……………………………………………………………………………………………....

Pernahkah kita berimaginasi sedemikian rupa. Membayangkan yang kita menjadi seseorang yang sangat hebat, yang menjadi pujaan ramai, yang dicemburui semua orang. Pernahkah? Saya tidak malu untuk mengatakan ya. Ya! Saya pernah berimaginasi sedemikian. Tetapi saya sedar tanah tempat berpijak. Maka imaginasi saya itu, saya jadikan impian untuk saya capai kelak. Alhamdulillah, setidak-tidaknya sebahagiannya sudah saya miliki. Syukur kepada Tuhan.

Dan malang sekali bagi gadis itu. Dia terus tenggelam dalam dunia ciptaannya yang tak berpenghujung itu. Sudah sebati dengan dirinya sehinggakan tidak diketahui antara realiti dan imaginasi. Rasa-rasanya, gadis itu sudah jatuh gila ke tidak?

Apa-apa pun saya tumpang bangga dapat membantu gadis itu mendapatkan kerjanya sekarang…. *wink*

~tintaku…
berpuasa… alhamdulillah~

Wednesday, August 11, 2010

Kamu buat saya tersenyum....

Hari ini 1 Ramadhan... Selamat Berpuasa semuanya...
Maka, mulakanlah hari pertama di bulan yang penuh barakah ini dengan kesyukuran dan senyuman.

Pagi ini saya sudah tersenyum...
Menerima email balasan dari seorang teman yang sudah lama tidak dihubungi...
Rindu sekali dengan teman-teman semua... (di mana korang? Baru jumpa satu nih hehe)

~tintaku menari...
ikut lagu dendangan pop band festival seni hehe~

Wednesday, July 21, 2010

Sakit Kepala.

Saya baru saja dikejutkan dengan satu kesilapan yang tidak sepatutnya saya lakukan… DI TEMPAT KERJA!!!!

Technical mistake

Bayangkan sebatang pembaris besi panjang dalam keadaan berbaring diangkat dengan dua jari telunjuk. Jari – jari tersebut jaraknya dalam lebih kurang 5 cm antara satu sama lain simetri di tengah-tengah pembaris tersebut. Kemudian dengan bantuan seorang kawan, gunakan dua lagi jari untuk menekan kedua-dua hujung pembaris ini. Hasilnya, pembaris akan menjadi SANGAT bengkok!!!!

Tolong jangan bayangkan. Saya sudah pening :(:(:(

~tintaku…
terkaku…~

Friday, July 16, 2010

Oh Nooooo.........

Harga minyak naik lagi!!!!!

Tidak!! Tidak!! Dan tidaaaakkkk!!!!

Haa lepas nih... harga gula.. tepung.. minyak masak.. gas...
semua naik lah...

Tak boleh ke, kenaikan harga-harga ni semua diselanjarkan dengan kenaikan gaji para pekerja?

~tintaku nak refill dakwat,
tapi tak mampu.. huuu~

Tuesday, July 6, 2010

World Cup 2010... I'm In Love...

Hoho... suka betul buat statement yang kontroversi kan? Ahaks...

(bersambung pada hari esok....)

Ok. Mari kita sambung cerita. Hehee

World Cup kali ini sudah hampir ke penghujung. Sayang sekali saya terlepas menyaksikan pertemuan Uruguay dan Netherland pada peringkat separuh akhir malam tadi huhu... Tapi tidak mengapa, seperti yang dijangkakan, Netherland menang!! Yatta!!! Jadi, saya bercita-cita utk menonton pertemuan panas Jerman dan Spanyol malam ini. Hmm Berusahalah Ona!!! (jangan terbabas lagi macam malam tadi sudah laa hehehe)

Tapi apa kaitan dengan jatuh cinta nih? hehe Mesti laa pemain-pemainnya... (*mode gatai) Saya bukan pengikut setia arena bola sepak. Tapi bohong laa jika saya katakan saya tak tahu langsung... (suddenly Arsenal appears in my mind ahaksss). World Cup kali memancing saya untuk mengikutinya. Kerana apa? Siapa?


Inilah dia yang berjaya mengunci mata saya kali ini. Chewah!!!
Mesut Ozil dari Jerman.
Biarpun seorang teman mengatakan dia takut dengan Ozil kerana seperti 'adik kepada Gollum', PEDULIKS!! Kejam gile cakap mamat nih iras adik si Gollum (Gollum ada adik ke??). Dia main best tau heee

Akan tetapi bukan bermakna saya penyokong kuat Jerman ya. Saya masih juga suka corak permainan pasukan Sepanyol. Jadi, pada malam ini saya tidak berpihak pada mana-mana pasukan kerana saya tahu kedua-duanya sama hebat. Saya mengaminkan mana-mana pasukan yang berdoa untuk kemenangan pasukannya. Tapi, oleh kerana Ozil je yang saya jumpa berdoa, maka saya aminkan untuk Ozil dulu hehehe...









'Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada pasukanku....'











'Amiiiiiiiinnnnnnnn.......'






Viel Glueck!!!
Buena Suerte!!!

~tintaku...
menimang bola... adeiii~

update terkini :
Jerman tewas 0-1 kepada Spain
dalam erti kata lain SPAIN MENANG!!!
FELICITACIONES!!!
To Ozil, kita cuba lain kali ye... huhu
(4.52 am)

Tuesday, June 22, 2010

Saya rasa takut!!!


Berlaku semalam.
Takut siot!! Huhu..

~tintaku...
menggeletar...~

Thursday, June 17, 2010

Selamat Pengantin Baru....

Ahaaaa.... inilah dia tajuk BESAR kali ini... Seperti biasa lah, tatkala cuti sekolah saja, kenduri di sini sana. Dan kali ini, merupakan giliran adinda saya yang tercinta... Nornabiha Elias.

Tanggal 6hb Jun 2010, rasmilah Si Biha menjadi isteri orang. huhu tahniah adikku. Akak tumpang gembira dengan kamu... sob sob.. uhhh please!! tak kose nak menangis. haha gembira ye Ona gembira :):):) Tapi ntah kenapa ketika majlis akad nikah, saya yang melalak lebih-lebihan dari sang pengantin. (Malu siot!! hehe)

Jadi, oleh kerana ketika majlis berlangsung, saya teeeerrrsaaanngaaaattt laa sibuk (berlari ke sini sana), bukan OP malah ketiadaan kamera (anda tau apa yang saya maksudkan *bertafakur kejap*), jadi tidak banyak gambar yang dapat saya sisipkan.

Anyway, Selamat Pengantin Baru Biha!! :):):)




:):):)

p/s : Selamat pengantin baru juga buat sahabat baik, Marini & Shahir :):):)

~tintaku...
Jadi bunga manggar... apakah??~

Wednesday, June 2, 2010

Kenangan...

Info terkini : Saya masih dalam mode berkabung

Bila sesuatu itu telah tiada, membuatkan kita rindu akan kisah-kisah silam.
Terasa ingin kembali kepada masa lampau yang pernah kita lalui bersama-sama.

Terutamanya dengan 'dia'

Ya....



Saya merindui aksi-aksi si Boboi...

Saya merindui kepulan awan bersama cerah mentari yang sedang terbit..





Saya merindui aroma enak makanan yang dikongsi bersama teman-teman...








Bagaimana boleh menatap semula semua ini?

~tintaku menari...
tanpa lagu....~

Thursday, May 6, 2010

Perginya Kesayanganku....

Orang kata :

'Jika sayangkan sesuatu, janganlah sayang bersungguh-sungguh... kelak ia akan pergi.....
dan begitulah sebaliknya...'
...................................................................................................................................

Saya sangat sayangkan dia...
Saban hari saya akan menatap dia
tanpa jemu...
Setiap hujung minggu kami akan keluar bersama
Mengharungi aktiviti dengan girangnya...

Kini,
dia sudah tiada..
Saya tak dapat menatap dia lagi
dia tak dapat menemani saya lagi
dia pergi.... dirampas orang!!!
..................................................................................................................................

Jika begitu hendak jadinya
Saya bersumpah...
Perampas itu kelak hidupnya tidak mudah!!!
Dirinya sentiasa dirundung ketakutan!!!
Derap langkah akan berada dalam kebingungan!!!
7 keturunannya akan berlarutan!!!!
Dikau akan temui aku tatkala kita mengadap Tuhan!!!
...bersama-sama dia

itu sumpah saya...

~tintaku menulis..
watikahku untuk perampas~

Thursday, April 15, 2010

Api.


Pagi itu api tiba-tiba marak…. Sungguh besar… sehinggakan tiada siapa mampu untuk memadamnya. Api cuba melarikan diri kerana dia takut dirinya akan semakin besar sehingga mengakibatkan letupan yang mungkin memudaratkan sesiapa yang berdekatan. Api sungguh gusar!!!!

Lalu dia pun membawa diri ke kaki gunung dengan harapan maraknya itu mengecilkan… dan ianya berjaya… ianya memang mengecil namun tatkala mahu kembali ke tempat asalnya, api merasakan dirinya kembali marak. Aduh.. hati kecilnya mengeluh…

Sekembalinya api di sini, maraknya semakin besar. Walaupun api cuba untuk membendung agar ianya tidak merebak tetapi bahang panas api itu cukup dirasai oleh mereka di sekeliling…. TAKUT!!! Dan api sedar akan keadaan itu.

Mungkin…. Api merasakan mungkin di sini bukan tempat untuk dirinya bertapa lagi. Mungkin api perlu merantau ke daerah lain agar maraknya tidak membesar seperti tika ini. API PERLU PERGI!!! PERGI!!


~tintaku...
ketakutan..... huhu~

Friday, March 12, 2010

Amarah.

Cuaca kebelakangan ini memamg panas. Berbahang. Bila hari panas, badan pun rasa panas sama. Melekit semacam je rasanya. Seperti serba tak kena. Tidur tak selesa, mandi pun tak terasa, kipas di rumah bagaikan mahu tercabut gamaknya. Jadi hati pun mula jadi panas juga. Semuanya berkeadaan begitu tak terkecualilah saya sendiri. Mudah terasa hati, rasa mahu menangis pendek kata... jiwa kacau.

Akan tetapi, sementelahan di hari Jumaat yang berkat ini, seorang teman sepejabat yang gemar memberikan email tazkirah ringkas untuk tatapan kami sepejabat telah mengubah persepsi saya atas apa yang berlaku lewat ini. Harap-harap ada yang sudi meluang masa membacanya....

'Siapa sepak kucing malang itu?'

"Meoww!!!" seekor kucing menjerit kesakitan.


Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.
 "Apa salah aku?" menung si kucing di balik almari.

PETANG ITU

"Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?" tanya seorang CEO kepada setiausahanya.
"Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya" jawab beliau. Terketar-ketar.
"Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!" bentak bos besar.

Marah sungguh.

Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
"Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!" kata Setiausaha CEO tersebut.

Pengurus Jualan terkejut.

"Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?" Pengurus Jualan meninggikan suara.
"Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!" Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.

Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.

Sama-sama marah.

Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.

"Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?" Pengurus Jualan sudah bengang.

Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.

"Kenapa dengan awak?" tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.

"Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!" kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.

"Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???" tengking si suami yang sedang baran.

Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.

"Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?" tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.

"Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!" si ibu menengking anaknya.

Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.

Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.

"Meowww!!!" kucing itu menjerit.

Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.

Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam bersabda:
"Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!" [Hadith riwayat al-Bukhari]

Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.


Boboi tidur dalam kepanasan

**************************************************************************
Tak terjangkau di fikiran saya untuk menyepak Boboi sedemikian rupa hatta dalam keadaan marah sekalipun. Nauzubillah!!!!

~tintaku menari...
tapi berpeluh-peluh~

Friday, March 5, 2010

Rindu.

Yes!!! Saya sedang m-e-r-i-n-d-u-i
sesuatu(??)
seseorang(??)

Ahaaa….

Ok. Terus ke perkara sebenar. Ingatkah satu ketika dahulu saya pernah me’review’ sebuah novel thriller nukilan penulis Eyman Hykal? Ya, Novel Meniti Maut yang mengisahkan Fariz seorang agen BISIK yang berjuang demi negara, bangsa dan agamanya. (ingin tahu lebih lanjut sila rujuk sini). Malah, penulis novel ini pernah juga bersanggah ke laman blog saya ini hehe Saya sungguh berbangga. Terima kasih incik penulis ;)

Kalau nak tahu, sang penulis ini sedang mengusahakan sambungan kisah Meniti Maut ini yang bertajuk Detik Debar. Fariz menerima tugasan yang seterusnya dan sudah tentu lebih mencabar!!! Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kisah ini bolehlah singgah ke blog beliau. Saban minggu saya pasti akan menjenguk ke blog ini untuk mengetahui khabar terbaru Fariz.

Akan tetapi…. (here comes the sad thing….)

Sudah beberapa minggu ini Detik Debar senyap seribu bahasa. Huhu Khabar dari sang penulis : beliau sedang mengulangkaji fragmen terdahulu untuk mendapatkan flow cerita yang lebih menarik dan kemas.

Dan ya,

Saya rindukan idea Encik Eyman Hykal…
Saya rindukan Fariz (wish he was real hihi)…
Saya rindukan Detik Debar…

~tintaku...
mengetuk meja...~

Tuesday, March 2, 2010

I Love Wedding

Hello…. Hehe ok ok saya percaya entri kali ini mungkin mengundang kontroversi. Apatah lagi bagi seseorang yang masih single mingle n super hot macam saya (bluwek… cuba tiru ayat Marini… but it’s so not me.. haha) Wedding… Perkahwinan… perkataan keramat bagi setiap individu. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, perkahwinan menjadi satu fasa atau titik tolak kehidupan itu mencecah ke arah kesempurnaan. Yelah.. sudah berkerjaya.. berkereta (berharta)… apa lagi yang dimahukan? Keluarga… bermula dengan sang suami… kemudian anak-anak… hmmm….





TETAPI….

Saya bukan nak bercerita tentang perkahwinan saya… bukan nak beritahu my wedding dream… bukan!!!!

Semua orang pastinya mahu berkongsi kegembiraan mereka dengan orang yang mereka sayang… ibu bapa.. adik beradik.. saudara-mara… sahabat-handai… SAYA juga suka untuk menikmati kegembiraan mereka-mereka ini. Di hari perkahwinanlah selalunya akan berlaku gathering tak sengaja… jumpa teman-teman yang sudah terpisah… makcik-makcik yang hanya ketemu setahun sekali ketika Hari Raya. Dan pastinya waktu inilah, masing-masing kalau boleh akan melaram seada-adanya (kalau boleh nak macam pengantin jugak hahaha).





Pendek kata saya suka dengan hari perkahwinan. Saya suka melihat senyuman manis si pengantin dan gelak tawa para jemputan. Everything is so pure and sincere during wedding day. Dan semoga perkahwinan terus berkekalan agar kita akan dapat mendengar bunyi gelak tawa yang sama untuk hari-hari yang mendatang.







That’s why I love wedding…. :):):)


~Tintaku tiba-tiba menyanyi...
'Love is in the air..'~

Sunday, February 28, 2010

Obsessiku....

Setiap hari, setiap kali menjangkau pukul 6 petang, saya serasa tidak sabar-sabar. Terasa panjang saja langkah menuju ke kereta. Umpama laju saja putaran roda Blackie. Hmm... Mau ke mana ek?? hehe Sudah tentu untuk pulang ke rumah... Home Sweet Home... kerana di sana si kecil ini setia menanti... muah muah muah... luv u bebeh....

 


Si Kucing Boboi yang setia menemani saya. Tapi kini sudah hampir 3 hari saya tidak menemuinya. Hmm....yeah, saya sedang berskandal dengan Aini ketika ini dan Boboi.... sedang 'sibuk' membantu orang rewang di taman saya itu... Boboi...Boboi...

~Tintaku berubah wajah...
menjadi 'bird feather'???~

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru....

17 Disember 2009
Selamat Tahun Baru... (Awal Muharram)
Mula meletakkan matlamat tahun baru.

1 Januari 2010
Selamat Tahun Baru... (Happy New Year)
Mula meletakkan matlamat tahun baru (sekali lagi)

14 Febuari 2010
Selamat Tahun Baru... (Happy Chinese New Year)
Mula meletakkan matlamat tahun baru (masih lagi???)

Hmm... bila nak start menggerakkan matlamat kali nih? 3 kali niat dah nih...
Sudah jatuh WAJIB gamaknye... heee

~tintaku menari-nari..
ayuh!!! gerakkan langkah tari!!!~

Wednesday, February 10, 2010

Adakah....?

Adakah segala-gala kerana duit???
Adakah...??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau macam tuh... niat tuh 'kerana duuuiiiiitttttt........'
Bukan 'kerana tuhan'!!

~tintaku menulis...
'sape sebut nama aku bayar RM2!!'~

How??

Macam mana kita hendak mengurangkan stress??

tidur?
berlari?
makan?
bunuh diri?
bercakap?

macam mana? how? bagaimana?

~tintaku tiba-tiba kaku...
stress....~

Tuesday, February 9, 2010

Set The Fire To The Third Bar

Yesterday, as I was surfing youtube, I found this vclip. It’s a beautiful song indeed (as for me lah). Suara penyanyi perempuan tuh a bit weird but their voices suit to each other.




Lagu nih dah lama dah.. release in 2006 if I’m not mistaken. Hmm… kenapa dia naik balik??? Ahaaaa sebab…. This song will be the OST for “Dear John’ movie. Mueh mueh… Can’t wait to watch this movie…. Sungguh!!!

Tuesday, January 26, 2010

Congratulation....

You just begin to go a step forward of your life.
You just starting to change you routine.
You just make some move to complete your life.

And I believe that it's gonna be fun :):):)

Congratulation to my dear sister and also to my great friend...
on you new becoming title... hehe

tak sabar nak attend korang punye big day nanti hehe

~tintaku...
terloncat-loncat~

Wednesday, January 13, 2010

Pujuk....

hati beku
otak bercelaru
tiada kata terluah
tiada madah pun yang diendah
tidak pula mahu memohon
tidak juga hendak meminta

rajuk kita ada sesiapa yang rasa??

~tintaku ingin menari...
namun dakwatnya tersekat-sekat..~

Tuesday, January 5, 2010

A (What??) Friend.....

A good friend will ask his/her friend if there's a problem...
A great friend will never ask and treat his/her friend like nothing happened....

Hmmm....

~Tintaku sedang berkira-kira...
mahu menari bagaimanakah ini..~