Tuesday, December 15, 2009

I Am Taliesin....

Sebenarnya, sudah lama vid ini berada dalam simpanan saya... persembahan yang menarik, bersahaja dan mempunyai karaktor yang tersendiri... Lebih2 lagi yang mempersembahkannya itu salah seorang pelakon kegemaran saya Mr Fantastic aka Ioan Gruffudd... hehe Tergerak hati nak meneliti isi maksud kandungan yang diperkatakan... dan inilah dia....





*********************************
I am Taliesin
I sing perfect metre
I’ll sing till the day of judgement
I am Taliesin
I understand secrets
Why a cow has horns; why a woman is affectionate
Why salt is salty and a kid is bearded
Why milk is white and berries is red
Why the stag is speckled
Why fish have scales
Why swan is white though it has black feet
I know why…
Why night falls and the sun rises
Why the stars turn for ever in the ice wind
I know where the cuckoos of summer are in winter
I know what beasts they are at the bottom of the sea
How many spears there are in a battle
How many drops in a shower
Why the river drowned the Pharoch’s people
I am Taliesin
I know it all….
I have through it all
I have been in every form
I have been a dog… a stag..
a roebuck on the mountain
A stock, a spade, an axe in the hand
I have been a fool in an eternity for a year and a half
I have been a grain of corn on the side of the mountain
Before I was reaped and placed in an oven
I felt to the ground and a hen swallowed me
For nine days and night I was warm in her crop
I have been a man and a god
I have been dead, I have been alive..
I am Taliesin
I sing perfect metre
My muse will live forever in the end of the world

*******************************
Rupa-rupanya, ianya satu karya agung dari tanah jauh di seberang sana. Ioan menyampaikannya dalam bahasa Welsh (salah satu bangsa di tanah England ialah Welsh... correct me if im wrong ye...) Kisah 1001 satu pengembaraan yang digarap menjadi sebuah puisi yang saya rasakan cukup menarik. Hmm... mengingatkan saya pada salah seorang senior ketika di universiti dahulu... heh siapa ek.. ;);)

~tintaku menari...
dengan dakwat terisi penuh!!~

Wednesday, December 9, 2009

Pengumuman Segera....

Hello semua... sebenarnya hmm saya kurang gemar menggunakan kaedah kali ini.... yelah, blog ini hanya untuk meluahkan isi hati saya saya... tapi kali nih sudah agak terdesak... budget lari.. housemate yang kurang memberi kerjasama... uwaaaa

SO....

ada sesiapa yang sedang mencari rumah sewa di Klang?? (Meru to be exact...)
kemudahan rumah yang lengkap... peti sejuk, tv, mesin basuh.
1 bilik tgh free nih....
sila rujuk pada saya (bakal housemate anda yang sangat best.. yey!!! hehe)

toloooooooongggg lah....

~tintaku menari lagi
oh tintaku pandai menari... ewah!!!~

Monday, December 7, 2009

woowaaaaaaaaaaaaa......

enough is enough...
within 24 hours i received 2 sad, scary stories...

tak boleh jadik nih...
saya patut tgk new moon sekali lagi...
hmm wajarkah???

*pening mode*

Monday, November 30, 2009

lingkaran hidup....

Tuhan itu maha adil.....

u have to agree with this phrase.... PLEASE!!!
Tuhan jadikan pokok untuk pelbagai kegunaan. rimbunnya untuk menadah hujan... melindungi panahan matahari. Batang pohonnya dijadikan bahan bakar... diproses menjadi kertas etc... itu baru pokok.. POKOK. Jika pokok patah... ada saja pokok lain yang tumbuh. menyambungkan semula kehidupan. melengkapi setiap proses menyempurnakan perkitaran alam.

dan saya percaya manusia juga begitu. kitarannya cukup unik. lahirnya dengan satu tangisan (gembira). membesar sebagai kanak-kanak dan remaja dengan riangnya. menjangkau dewasa langsung mendirikan keluarga.  kemudian tua. dan mati (dengan diringi tangisan.... sedih). dan saya cukup tegar dengan kitaran itu. kerana saya sangat pasti yang saya akan melaluinya malah saya mmg sedang melaluinya. dan sekali lagi, Tuhan itu maha adil. kitaran yang berlaku pada si manusia ini tiada bezanya dengan si pokok.

pokok mati...
pokok hidup...
orang mati...
orang hidup...

dan pada hari ini... saya menerima adik sepupu baru. perempuan. pada hari ini juga saya kehilangan atuk tercinta.
bagaimana harus saya menangis???

Tuesday, November 17, 2009

Sambungan bagi sambungan....

Masih dalam mode kemurungan... tegang... benci... terkurung...

Sekian.

Tuesday, November 10, 2009

Sakitkah Saya??





8.10 pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi…
Pagi ini saya terasa agak segar. Setelah semalaman tidur dengan nyenyaknya. Kenapa saya tidur dengan nyenyak? Macam tak selalu tidur nyenyak je gamaknya.. Sebenarnya, semalam saya mengalami sakit kepala yang agak kronik. Sebabnya? Hee jangan ditanya sebab dan kenapa kerana saya sendiri tidak tahu. Yang pasti sakit kepala saya semalam telah mengganggu kerja… mood… jiwa…

Jiwa.

Bila jiwa kita dikatakan sakit, tergerak diri saya untuk meneliti maksud sebenar ‘sakit jiwa’ ini. Ape yang dikatakan sakit jiwa ini? Kenapa kita boleh mengalami sakit jiwa? Apa symptom sakit jiwa? Hmm…

************************************************************************************



Dan ini, yang saya temui ketika melayari web di internet :

APA DIA PENYAKIT JIWA?

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.
Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.
Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-
1. Sebab-sebab fizikal: Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
2. Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

1. Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

2. Penyakit kepiluan (Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).

Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

3. Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Dan menurut Amar Mahmood (EFT Practitioner) :

Di taman tempat saya tinggal terdapat 2 orang pesakit “mental” yang kerap merayau-rayau untuk mencari makanan. Kedua-dua pesakit tersebut memang tinggal berhampiran kawasan perumahan tersebut. Saya pernah mendapat tahu yang seorang dari pesakit tersebut mula mengalami masalah mental selepas ditinggalkan oleh suaminya. Manakala seorang lagi akibat tekanan kehidupan selepas ditinggalkan oleh anaknya.

**********************************************************************************


Dan kita lihat perkaitan dengan diri saya….
(Waktu kini)

Saya mengalami perubahan emosi (mood swing) yang tidak menentu. Seringkali marah atau berkecil hati atau terasa hati atau merajuk atas sebab yang kurang relevan/munasabah dan remeh. Saya hidup merantau dan berjauhan dengan dengan keluarga. Dan KINI, saya sedang melalui satu fasa yang mana saya kehilangan teman-teman seorang demi seorang atas factor-faktor yang lumrah… berkahwin, mengejar kerjaya impian, dan sebagainya. Jadi, adakah saya sakit jiwa?

Rindu
Hidup yang sekian lama merantau di tanah orang membuatkan saya tegal biasa dengan keadaan berjauhan dengan keluarga. Walaupun masih dalam negara yang sama, sesi pertemuan dengan keluarga amatlah kurang. Mungkin lebih jelas saya boleh katakana ruang waktu yang terbatas tidak mengizinkan saya dan ahli keluarga yang lain berkumpul bersama-sama. Dan ya, SAYA RINDUKAN KELUARGA SAYA.

Saya suka hidup berkawan-kawan. Memang selama ini saya tinggal bersama kawan-kawan. Namun apabila kawan-kawan mula meninggalkan kita… yelah… sebahagian besar sudah berkahwin, dan majoriti panggilan kerja lebih diutamakan.. dan ini yang membuatkan hidup saya semakin sendiri. Terlalu mudah berubah perasaan atau mood swing yang secara tidak langsung mengganggu hubungan saya dengan teman-teman sekeliling terutamanya teman sekerja. Saya semakin sendiri. Dan kesekian kalinya saya berkata ya, SAYA RINDUKAN TEMAN-TEMAN SAYA.

Malah, percaya atau tidak, masalah psikosis kadang kala mengganggu saya… bila amarah menerjah ke jiwa, saya ingin sekali membunuh sesorang…ketika menyesali sesuatu, saya ingin membunuh diri, seringkali berbual sendirian, menangis sendirian… kerana ketika itu, hanya cara tersebut sahaja yang dapat meredakan kegelisahan saya. Tapi, apabila meneliti seluruh artikel Amar Mahmood, punca utama saya ialah saya terasa kehilangan. Hmm yes kehilangan… hilang keluarga dan hilang teman. Mereka ada tapi tiada. Dekat tapi jauh.

Tapi saya kira saya masih normal. Saya makan. (makan itu penting). Saya keluar.. shopping, lepak di kopitiam, kedai buku… buat aktiviti sukan.. berenang, berlari… tapi jiwa saya sakit.. saya rasa sendiri.. kosong…

Sakitkah saya???

~tintaku...
seperti tidak mahu menari~

Friday, October 23, 2009

Hati... Pujuklah perasaan...

hari ini..

saya merajuk...

dengan dunia...

dengan hidup...

***********************************

hati, tolonglah pujuk kembali


~tintaku...
tidak mahu menari~

Tuesday, October 13, 2009

R.A.Y.A. yey!!!!!

Esok saya raya
Setelah berpuasa 6 dan ganti

******************************

Nak masak ape yeee raya??


~tintaku... nak melompat!!
yey yey hepi yey yey~

Monday, October 12, 2009

Huh??!!!

Petang yang damai, walaupun cuaca panas... ( saya tetap menikmati setiap saat yang best di kampung hmmmm). Sepupuku, Honey bersama uminya mengajak ibu dan saya membeli belah barang-barang untuk majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.. (You guys must been wondered... kan kan kan? heee)

Di dalam kereta,

Honey : Kak Ona, ape ek lagu yang kena gigit kena gigit tuh ek? cam best laaa
Saya : Huh???
Honey : Alaaa... yang kena gigit kena gigit tuh.... kawan Honey yang bagitau nih... dengar cam best
Saya : Kena... gigit???
Honey : ye laa kena gigit... kena gigit....

Hmm... lagu ape ek..???
Tgh pening2 dan masih berteka-teki memikirkan lagu yang dimaksudkan oleh sepupu saya itu, DJ radio pun mula memutarkan lagu kesukaan ramai masa kini...

Honey : Haaaaa... lagu nih laa Kak Ona... lagu kena gigit....

OOOooooOOOoooOOOoooOOoo... lagu nih ke??? hehheheheheh

Korang rasa laa kan... lagu apa yang kena gigit kena gigit nih???
Sila dengar... hahahhahahah




~bila tinta menari...
lagu hip hop??!! huh??!!!~

Monday, September 14, 2009

GERAM....

Hari ini saya geram....

Geram dengan Boboi..

Orang tgh sahur... dia buat ape???





eeiiii... biasaaaa diaaa!!!

macam sid jekss....




~ tintaku menari...

tiba-tiba terpelecok... erk??!!!~

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Tiba...

Hmmm... diam tak diam, kita sudah berada pada minggu ke-3 bulan Ramadhan... ini bermakna ada lebih kurang 10 hari saja lagi untuk kita menjalani ibadah Rukun Islam yang ke-3 ini sebelum menjelangnya bulan Syawal.... RAYA!!!! Namun saya kira, masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat berpuasa, selamat berbuka, berterawikh, mengejar lailatulqadar dan seterusnya selamat menyambut hari raya. Dan... rasa-rasanya masih ada waktu lagi untuk kita mengadakan majlis berbuka puasa puasa bersama-sama. Jadi... siapa nak belanja saya buka puasa nih??? heeee

Jika dikenang-kenangkan semula, banyak peristiwa yang berlaku pada diri sepanjang tempoh berpuasa hingga kini.. mengejutkan, menyedihkan, menggembirakan dan mengesalkan... ceh.. ada ke perkataan 'mengesalkan'???

Kehilangan

Seminggu sebelum berpuasa saya telah kehilangan seorang teman rumah. Nad namanya.. sebenar-benarnya kami se-ofis malah satu department... Si Nad nih masuk ke rumah saya setelah hampir lebih 6 bulan bekerja. Kebetulan rumah saya ada kekosongan dan Nad pula tinggal keseorangan di rumah sewanya... umpama orang haus dihulurkan air.. kami serumah menerima Nad dengan pintu yang terbuka luas... heeee Tapi sayangnye.. baru saja sebulan menetap bersama kami, Nad telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Kerajaan.... siapa yang tak mahu kan?? hmm sedih??? mesti laa sedih... sebab saya merasakan... saya agak rapat dengan Nad kerana... kami mempunyai minat yang sama iaitu fotografi dan... MAKAN!!!! apa-apa pun saya mendoakan agar Nad gembira dengan kerjaya dan hidup barunya sekarang... ada masa boleh lepak-lepak okay??!!

Dan keduanya, sekali lagi saya kehilangan teman.... serumah. Ya!!! kali ini saya terkejut... serius... Nor Liyana namanya. Seorang yang kecil molek, lemah lembut... dan sangat lemah!!! Yes, lemah... tapi bukan lemah apa.. dia nih kelihatan lemah tak bermaya kerana Yana nih sakit... sakit ape saya tidak pasti tetapi Yana nih sentiasa kelihatan pucat dan keletihan. Pernah satu ketika saya memarahinya kerana amalannya yang pada pandangan mata saya kurang sihat sehinggakan dia terpaksa duduk memerap di dalam surau pejabat. (Oh ya.. saya lupa nak beritahu yang Yana juga sepejabat dengan saya....) Akhirnya, Yana hanya dapat bekerja dan menetap di rumah saya dalam lebih kurang dalam sebulan juga... hmm mungkin kerana masalah kesihatannya dan mungkin juga kerana tekanan kerja... hmmm.... dan seminggu selepas berpuasa saya dikejutkan dengan berita kematian Yana... khabarnya sakit jantung... sung...guh... me.. nge...jut..kan!!!Masih lagi terkenang saat saya memarahinya... masih lagi terdengar-dengar suara Yana menyanyi di bilik belakang... Moga-moga Yana tergolong di kalangan mereka yang beriman... Al-Fatihah.

Keraian

Haaa... pada bulan kali ini jugalah kita meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke-52. Cabaran sungguh sambut Hari Merdeka pada bulan puasa nih... tapi sesungguhnya rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh meriah... Ketika Merdeka Eve ini saya berada di rumah baru seorang teman, Azuwa di Sri Petaling. Mahu saya masakkan char kuew tiow katanya. Yang menariknya, rumah barunya itu betul-betul mengadap Genting Highland. Jai, pada waktu malam kami dapat melihat satu panorama yang cukup menarik. Lampu-lampu sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan juga sinaran lampu dari Genting Highland umpama kota tergantung Babylon gamaknya. Sayang sekali, saya tidak membawa kamera pada ketika ini. Apa pun, Selamat Hari Merdeka Malaysia.... :):):)

Dan hujung minggu baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar TIGS... wow!!! Perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Yelah, saya meninggalkan TIGS pun tatkala tingkatan 4 kerana pergi ke asrama, jadi, sudah pasti saya akan gagal mengingati wajah hatta nama rakan-rakan yang masih lagi setia di sana dulu. Namun, Alhamdulillah mereka menyambut semua bekas warga TIGS dengan riang gembiranya tanpa mengira batch sebagainya. Thank you kawan-kawan. :):):):)




~bila tinta menari...

tarinya... molek sekali :):):)~

Tuesday, August 11, 2009

Keinginan yang teringin diingini...

Benarlah kata orang, setiap perkara baik yang ingin dilakukan pasti akan ada dugaannya.. tak kira macam mana bentuk dugaan... bencana ke.. godaan ke...

Semalam saya berpakat bersama teman-teman serumah untuk berpuasa. Nak berlatih puasa kata mereka (padahal nak mengganti sebenarnye... ceh). Saya sekadar mengiyakan sahaja kata-kata mereka... heeeee

Jadik, saya kira sepanjang hari itu semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah ke waktu petang... uhuk uhuk... SAYA TERINGINKAN CUPCAKE!!!! Lancar saja mulut bertanyakan kedai yang menjual cupcake terdekat sambil meng'google'. Oleh kerana tiada sambutan dari teman pejabat (mereka mengamalkan pemakanan yang sihat... NO CARB.. LESS SUGAR.. LESS SALT...*sigh*), keinginan saya hampir2 saja hancur ranap.... huhu

'batu belah batu bertangkup....
telanlah aku, tangkuplah aku..
aku nak makan cupcake!!!!'

hmm ini tak boleh jadi!!!! saya tak mau mati ditangkup batu... tanpa merasa kelazatan cupcake... saya mesti melakukan sesuatu!!!

Akhirnya, dengan sengajanya saya telah meng'kidnap' Nad si budak serumah untuk menemani saya mencari cupcake idaman.... hmmm.... dan pencarian saya membuahkan hasil... yey!!!!!



Cupcake Chic yang sangat sedap!!!!

Dan pada malam itu... saya tidur dengan nyenyaknya...
ZZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

~tintaku tiba-tiba mahu menyanyi
Lagu... Vanilla frost frost baby.. heee~

Monday, June 8, 2009

Sudah Lama Tidak Bertanya Khabar....

Assalamualaikum....
Agak lama saya menyepi...
Bukan kerana keputusan idea... tidak.. malah kawan2 juga ada yang memberikan cadangan untuk bingkisan2 akan datang...
..............................

Kerja tak kerja....... saya ada kerja
Lapang tak lapang........ saya tiada kelapangan sangat..
Bosan tak bosan...... saya mmg BOSAN!!!
Penat tak penat... saya agak penat huuu
...........................

SAYA PERLUKAN MESIN BASUH
hmmmm.............

Thursday, April 30, 2009

How Do You Sleep by Jesse McCartney

I feel sleepy today...
Veerrryyy sleeepyyy...
And suddenly, I heard one song...

..................................................................................................

How Do You Sleep - Jesse McCartney






It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep
How do you sleep

Tried my best at movin' on
Have yet to find a girl like you
See things now I didn't before
Now wishin' I had more time with you

How do you stay awake
Knowin' all I do is think of you
All the things we fought about
Then never will happen again
If I could just see you

If I had my way come and getcha girl
In your favourite car with the missing top
Remember 'round my way where we used to park
And did all those things to steal your heart

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep
How do you sleep

Baby all that I hear from my friends
Again again and again compliments 'bout you
They say we saw your girl at the game
And damn we gotta say a big mistake by you

Not only did your body bang
But I miss the conversation too
Tell me that you're gettin' no sleep
Can't think can't eat till I come see you

If I had my way come and getcha girl
In your favourite car with the missing top
Remember 'round my way where we used to park
And did all those things to steal your heart

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep
How do you sleep

Oh-uh oh-uh oh-uh oh
Oh-uh oh-uh oh-uh oh

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep

It's been about a year now
Ain't seen or heard from you
I been missin' you crazy
How do you how do you sleep
I found the letter you wrote me
It still smells just like you
Damn those sweet memories
How do you how do you sleep
How do you sleep

.................................................................................

Well, itulah dia lagunya...
Tiba-tiba,
Saya terkenang sebuah lagu...
yang selalu saya dendangkan sewaktu kecil-kecil dahulu....


'Mentadak mentadu...
Macam mana dia tido???'

hee...


~Tintaku tiba-tiba...
menguap... (???)~



Thursday, April 23, 2009

Fast And Furious 4……. Superb!!!

Heiyooooo…. Last weekend I met my two darling girlfriends, Aini and Ila. Muah!!! Actually Aini came down to KL to attend an interview regarding to her master study at one of the most prestige university in here.. (sorry, the name of the university cannot be mentioned hihi saje tamau bagitau ahaksss) Anyway, first and foremost, best of luck to Aini.. you go girl!!!! So, since she’s been here for couples of days… hmm I decided to have a girls~day~out with three of us. YATTA!!!!


Aini sampai kat KL dalam pukul 6 petang. Ketika itu saya baru saja bertemu dengan sahabat ‘lepak’ing di Midvalley… Molek2 saja tamat pertemuan tersebut saya bergegas menemui Aini dan Ila di Stesen Universiti. They waited for me at the side of the station in a car… hmm Aini’s car… Jadi berkonvoi laaa kami dua kereta menuju ke Klang (rumah saya) Dalam perjalanan ke Klang, tergerak hati saya utk mengajak mereka menonton wayang… terus saja tangan ini memutarkan stereng ke pawagam yang berdekatan… Jusco Bukit Raja laaa mana lagi… hehehe So, we went there… parking… tet tet tet tet and straight away go to the cinema…


................................................................................................


In front of the cinema….

'Hmmm nak tengok ape ek???'

Tiba- tiba…..




'Ahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'

………….…………………………………………….................................


Jadi, kami bertiga sebulat suara nak tgk Fast and Furious 4… hmm sebenarnya nak tengok The Confession of Shopaholic tapi tak de pulak ditayangkan di sini… huhu tak pe laa kawan-kawan.. kita cari DVD laa nanti kay??


Fast and Furious 4 merupakan kesinambungan daripada cerita2 terdahulu, Fast and Furious 1 & 2 dan Tokto Drift. So pada hari ini.. this is it, Fast and Furious 4. Kisah seorang ejen FBI Brian O’Conner yang sedang menjejak pergerakan sindiket dadah yang diketuai oleh Bragar…


Si Bragar nih gile jahat… dia nih cari segala bagai pemandu yang boleh bawak 10 second car untuk menjalankan tugas penghantaran dadah ke sepadan Mexico… Molek2 dah sampai ke destinasi, dia bunuh semua driver2 tuh… jahat kan??? I CURSE ON YOU BRAGAR!!!! (ceh!! Cam bagus jeks heee). Nak jadikkan cerita girlfriend seorang teman Brian, si Dom nih jadi driver dorang… mati terkangkang laa minah tuh… Akhirnya, Brian dan Dom bergabung (konon2nya..) untuk memburu mereka yang berkenaan… Yah!!!


What so special about Fast and Furious 4??

Hmm… sudah semestinya kereta2 dia… sape tak terjojol mata tgk kehebatan mesin hasil tangan manusia… ‘same model, new spare part’ THAT’S IT!!!! Tengok sport rim dia je dah meleleh air liur.. ahaksss… (bukan saya… ) inikan pulak segala bagai kelengkapan enjin… mmg segarlah biji mata haha akan tetapi, yang paling best lagi adalah para pelakonnye.. hmm Vin Diesel yang sememangnya tak dinafikan kehebatannya berlakon dalam filem2 aksi seperti ini… watak gadis litar nye pun tak kurang hebat… masing2 mmg bijak beraksi dan be’racing’ hehe dan lagi satu watak… yaaa inilah watak favourite saya… mueh mueh mueh… Brian O’Conner by Paul Walker.. ejen FBI miow!!! Smartnye…. Anak sapa laaa nih heeee


Hampir tidak sedar masa berlalu. 2 jam di pawagam serasa sekejap sahaja.. tau2 je dah ‘the end’….

Tak puas sungguh menatap wajah 'kekasih cerah'ku itu... haha... Apa-apa pun, biar orang lain kata FnF4 ini tak sehebat yang dulu2... pada saya... you are always in my mind... ahaaaaaaaaaaaa.... :):):)
























hmmm.... ape persamaan kitorang ek??? heheheh















Jawapan : style kaki kitorang sama... suke suke!!!! hah!!!

~~tintaku ajak menari...
tapi aku mahu stereng.. hee~~

Tuesday, April 21, 2009

Kerja Gile yang Sia-sia....

Hari ini hari Sabtu....
tak tahu nak buat apa....

Pandang Boboi... dia tgh minum susu....
.
.
.
.
.
Tak tahu lagi nak buat apa...
Pandang lagi Boboi... dia tgh lap2 badan...

hmm....

'Boboi, jom gi jalan-jalan nak??'

capai kunci kereta...
capai Boboi....


Masuk je kereta, Boboi pandang kiri kanan...
Boboi takut!!
Boboi peluk kuat2!!
Boboi nak melompat!!

Keluar balik kereta...
Terus masuk rumah...
Tak jadi jalan2...
.
.
.
.
.
.

Gile hape??!!! Nak bawak kucing jalan2 naik kereta???!!!
hmmm...

~~tintaku nak menari...
tapi tak jadi... sebab BOBOI takut~~

Thursday, April 9, 2009

Pot Luck??? Alamak!!!!!

Lokasi : Department of Products Engineering,
VHM
Masa : 10 am

(Mereka yang terlibat dalam kursus ISO sedang menikmati makan pagi di bilik seminar... att : dorang makan nasi impit, kuah kacang dan kuih)

Kak Ros : Sedapnyeee bauuuu.....
Sal : Ha'ah laa Kak Ros. Harap2 dorang ade laa tinggalkan sket utk kita kan... (sambil menjengketkan kening heheheh)

Tiba-tiba terdengar satu suara menyampuk

Ona : teringin nak makan rendang ayam laaa huk huk huk
Kak Ros : Ape susah... Kita buat pot luck Isnin depan... haa kobawak bla bla bla (mengarah orang) Ona!!! Ko bawak rendang ayam....

WHAT??!!! kena bawak rendang ayam???!! Isyk... sape laa suruh gatal-gatal mulut cakap nak makan rendang ayam??? ~~Alahai Ona....

Jadi, oleh keranan saya telah ditugaskan membuat rendang ayam, dengan bersusah payahnya saya pun mencari resepi rendang ayam... heheh inilah resepinya.. Cuba Ona, jangan tak cuba....



RENDANG AYAM

1. 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
2. Bahan2 digiling:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
3. 4 helai daun limau purut dihiris kasar
4. 4 cawan santan pekat
5. 4 sudu besar kerisik
6. Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara
1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit

Harap2 resepi menjadi nanti... selama nih dok tolong ibu di dapur... tolong kaco jeks... hahahha... Korang!!! Doakan saya yeee....

Berita gembira : Aini akan turun ke Klang Sabtu... Yey!!! Chef sudah kemari!!!!

Meniti M.A.U.T

‘aku merempuh hujan peluru…
Di padang yang berlopak darah…'


Ahaaaaa…. Bunyinye saja dah buat orang tertarik (sayalah orang itu… heee) Sebuah novel aksi hasil karya penulis Eyman Hykal…

Sebetulnya, hari minggu yang lalu saya melewati kedai MPH di Alamanda bersama-sama dengan sahabat saya Aini dan anak-anak saudaranya. Kebetulan anak saudara Aini nih mahu sangat ke MPH, jadi saya pun turut sama membelek buku sambil2 melayan minat si kecil ini.

Justeru itu, buku Meniti Maut ini telah menarik minat saya (lebih2 lagi saya juga peminat kisah thrill). Dan tanpa berfikir panjang, buku ini terus saja bertukar hak milik.

Kisah sebenar….

Meniti Maut ini mengisahkan seorang anak muda, Fariz yang memulakan tugas sebagai seorang agen BISIK (ala2 CIA laaa). Berdepan dengan situasi merbahaya yang melibatkan senjata api.. aksi bergasak.. dan yang seumpama dengannya… hmm bagi peminat filem2 aksi, novel ini pasti tidak jemu untuk anda semua membacanya… ahaaaaaa…..

Tugas sebenar bermula apabila Ketua Fariz, Tuan Aziz mengarahkannya menjadi pemandu kepada Tan Sri Daud, seorang majikan yang baik hati tetapi mempunyai anak yang cukup cengih, Faryna. Dan kemudian muncul pula watak-watak lain seperti Bruce, Tobias, Khaleed dan adiknya Khalid.

Novel yang memaparkan perihal isu semasa iaitu pergolakan ekonomi dunia dan peperangan ini pada saya cukup menarik. Kehadiran golongan economic hitman (EHM) dan jackal bagi merencanakan satu jajahan bentuk baru bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia serta kaitan dengan perjuangan Islamiah sedunia secara tidak langsung pada saya telah membuka mata pembaca untuk melihat situasi dunia ini pada gambaran yang lebih meluas. Apapun, keseluruhannya saya boleh katakana yang novel Meniti Maut ini adalah HEBAT.

Tahniah buat penulis, Eyman Hykal dan bertambahlah seorang lagi penulis novel thrill di persada penulisan Malaysia ini.

Bagi yang belum membaca novel ini, korang mesti nak tahu apa yang terjadi pada Fariz. Dan apa kaitannya Bruce, Tobias, Khaleed dan adiknya dalam pergolakan Globest Corporation yang dimiliki oleh Tan Sri Daud. Nasihat saya… BELI JANGAN TAK BELI!!!

hmm… bagaimana rupanya, jika Meniti Maut ini dilayarperakkan???


~~tintaku menari…
kerana tintanya menari sama….~~

Monday, April 6, 2009

Post Buat Melepaskan Bosan

Hari ini hari Isnin...
Saya sangat bosan pada hari Isnin...

hmmmm......

Rasa-rasanya, Garfield buat ape yee pada hari Isnin???




~~tintaku mahu menari...
tapi langkahnya terasa sumbang~~

B.O.S.A.N!!

Friday, March 27, 2009

Di Awal Permulaan....

hoho bermulalah kisah diri saya di persada blog ini... sebelum ini hanya buat tatapan sendiri... paling-paling hebat pun akan dipostkan ke blog frieandster. Jadi harapan saya agar saya MAMPU dan AKTIF dalam blog ini... Big thanx to my dear friends Aini, Pojan etc who always approach me to join this blogging world... Well guys, here I am!!! :):):) Giddy yup!!!

~~tintaku mula menari...

tapi apa rentaknya..??~~